2 Feb 2012

Berkayak Di Taman Tasik Shah Alam


Assalamualaikum..

Malam ni rasa macam tak berapa sihat. Sakit kepala dari petang tadi lagi. Dah lama aku tak sakit kepala. Ni tetibe je. Mungkin sebab banyak main panas kot. Minum air kosong segelas dulu. Hmm, blog harus update. Kalau tak basi la cerita aku. Kan?

Semalam 1/2/2012 hari cuti wilayah. sapa-sapa yang belajar atau bekerja di Kuala lumpur, Putrajaya dan Labuan cuti la. Untuk Kuala Lumpur ni merupakan sambutan hari wilayah yang ke 38. Memandangkan UCSI University terletak kat Cheras maka cuti lah kitaorang. Cuti ni kitaorang plan nak gi buat aktiviti sikit nun jauh di Shah Alam. Jauh ke? Jauh la. Kalau naik kereta dalam 40 minit lebih kurang dari Cheras ni. Tapi kalau ko naik public transport memang berjam-jam baru sampai. Adalah kat 3 jam jugak.

Aku pergi sana dengan housemates. 5 orang semuanya. Kitaorang naik komuter sampai KL Sentral. Lama aku tak datang KL Sentral ni. Last aku ingat sebelum masuk nursing. Sekarang dah nak abeh belajar pun. Aku kalau boleh nak avoid tempat yang sesak macam ni - sesak ngan orang dan construction yang maha banyak. Then, kena jalan kaki sikit gi kat bus stop. Tukar naik bas Rapid U80 sampai Shah Alam. Kitaorang turun kat depan kompleks PKNS. Tambang bas RM2.50. Aku tengok jam adalah dalam 50 minit kitaorang duduk dalam bas. Dalam bas saje. Tak campur komuter dan masa menunggu bas.


Kat Taman Tasik Shah Alam. Muka aku agak annoying. Sebab cahaya matahari terang sangat. Tak boleh nak bukak mata luas-luas.


Nabila, Syuhaida, Nadiah and me. Diaorang ni member-member berenang - dah lama sangat tak berenang sebab asyik posting je. Pastu member study group - result exam kitaorang lebih kurang je..


Lepas bergambar lebih kurang kat area taman tasik ni kitaorang masuk kompleks PKNS jap. Saje la nak tengok-tengok. Then, jalan kat SACC mall. Diaorang ni sakan membeli kasut. Aku tak beli pun. Bulan ni tak de bajet untuk kasut. Nanti-nanti lah. Then, kitaorang solat sekali kat sini.


Lepas solat kembali ke tasik ni balik. Nak makan pulak. Lapar dah kot. Saja makan bersila. Kalau nak duduk kat meja pun boleh je. Sebelum makan agak banyak snap pic sebab lama tunggu makanan sampai.


Gulp! Berselera kitaorang tengok makanan ni. Kitaorang makan nasi ayam penyet + lele (ikan keli) penyet. Makanan ni pulak panas. Rasa pun sedap. Walaupun aku lapar time ni tapi still tak mampu nak abehkan semua. Kenyang sangat. Aku suh member je abehkan. Memang puas hati. Kalau sapa-sapa yang free tu mari lah datang makan sini. Harga pun murah. Nasi ngan air baru RM8. Aku sure korang mesti puas hati punya :)


Ehem, ni la aktiviti kitaorang. Berkayak! Suka saya. Lama tak kayak. Kayak kat sini murah je. RM5/person untuk sejam. Kayak pun tak susah mana. Rilex-rilex je. Kalau kayak kat laut mencabar la sikit. Sini tasik air tenang je.


Gambar tak bape nak elok. Sebab masing-masing muka excited!

Aku kayak ngan Maznie. Dia ni room mate aku. Kami berdua je dalam bilik tu. Dah masuk tahun ke 3 bersama. Selesa ngan dia. Time kayak aku terketuk (sikit je!) Mazni ngan paddle. Maznie pulak tersimbah air tasik (ewww!) kat aku (-__-') Fair kan?


Tengok Nabila. Basah betul dia. Kayak ke terjun tasik?

Ok dah nak balik. Sebab memikirkan kitaorang nak balik jauh kena la gerak awal sikit. Kalau ikut hati malas nak balik lagi.

Lega dapat kayak. Tiap masa dok dalam bilik online pun tak bagus jugak. Sekali sekala buat aktiviti camni rasa lebih sihat. Tangan aku sure sakit malam karang. Haha..

Aku seronok sangat keluar semalam. Nadiah, tourist guide kitaorang tersangat la lawak. Sepanjang jalan aku rasa nak tergelak je. Dia dulu-dulu biasa datang ngan family kakak dia kayak kat sini. Then, dia bawak la kitaorang pulak. Puas hati ikut tour dia ni - tak sesat dan tempat jalan-jalan best. Thumbs up untuk Nadiah :)

Hmm, got to go. Nak tido awal. Kepala ni terasa sakit lagi.

Good Night! Have a good rest peoples :))

11 comments:

  1. BAGI LA MAP...
    nak g mkn kat sana....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala dear tak de map la..restaurant 2 senang je nak pergi. betul2 kat Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14. Berhampiran Kompleks PKNS. ada 1 je restaurant situ. kalau kita nak kayak pun kita bayar kat restaurant 2..selamat mencuba!

      Delete
  2. nice! nasibla tangan terseliuh, lau tak bole join. :)
    teruskan berkarya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks jie2! rugi lah rozie tak pergi. enjoy sgt. Rozie pun teruskan berkarya ok :))

      Delete
  3. hahaha!!ak terjun lah..hampa ja xnampak...baru npk bkayak ckit basah2 ni..huhuhuh:):)

    ReplyDelete
  4. haha..cayalah hang..terbaik! kahkahkah..

    ReplyDelete
  5. kalo naik pengangkutan awam insyaallah sampai..kalo drive sendiri...msti sesat..huhuhu

    ReplyDelete
  6. haha..betul2..aku setuju tu..unless ada gps..tapi penat sikit lah naik public transport ni..penat menunggu..

    ReplyDelete
  7. bestnya! cantik gambar..teringin nak pergi..

    ReplyDelete