10 Feb 2012

Let's Workout


Hello readers!

Salam jumaat untuk semua ^__^ Semoga kita di berkati Allah sentiasa. Double berkat kat guys yang pergi semayang jumaat hari ni. Alhamdullilah, sejuk perut ibu mengandung :)) Korang apa kabar? Dah makan ke? Minggu ni apa korang buat?

OK, aku tanya aku jawab. Kabar baik. Dah makan petang tadi. Kalau lapar karang makan lagi *dah-dah tak elok makan malam-malam* Minggu ni aku pergi kelas macam biasa. Bukan posting so ada lah masa terluang untuk aktiviti suka hati.



Sory lah sayang gambar tak berapa clear. Taken using my lovely Sony Ericsson handphone. Ari rabu aku pergi kelas pakai macam ni. Tshirt biru Polo ni dah lama sangat aku tak pakai. Aku suka baju ni tapi baju ni kecik so aku jarang pakai. Yelah dah kau gemuk memanglah baju kecik. Korang tau tak baju ni size L? L untuk Large. Bukan size S. Tension gwa size tak standard ni.

Tak pe abaikan lah benda tu. Lainkali try dulu sebelum beli. Ok, cuba teka kenape aku pakai macam ni? Tshirt, track suit with sport shoes..

Hmm, mungkin sebab ko tak de baju dah nak pakai? Ko saje nak tukar mood pakai gini? Tak pun ko dah buang tabiat? Wakakaka.

Tak tak. Sebab lepas kelas aku nak terus pergi gym ^_^ Phewit, pergi gym? haha. Saja la pegi. Lama tak workout.

Alah, cakap je lah lemak dah sama tebal ngan kulit ikan paus :P

Kawan aku, Kak Pah kata aku ni macam budak form 1 nak pergi main netball petang-petang. Tahun lepas 2011 dia kata aku macam darjah 6. Taun ni up sikit jadi form 1 -__- dok la panggil aku adek. Padahal gwa ni satu kelas ngan lu. Dush dush! *tumbuk sebijik* Hari yang sama, ada la aku bercakap call ngan the other friend of mine. Tetibe je dia kata "Dayah ko ni kecik la macam budak form 2 je. Tapi takpe awet muda sentiasa.." Wekkk..

Ok fine. Gwa dah immune dengar benda-benda macam nie.



Sambung balik cerita. Aku ajak room mate tersayang, Mazni pergi gym . Aku memang suka ajak Maznie kalau nak buat pape. Nak tido pun aku ajak dia. Romantik kan saya? Wekkkk muntah lagi! Ok sory sory. Kitaorang pergi gym kat kolej ni. Free je. Rugi kalau tak guna. Kalau nak pergi Fitness First mahal nak mampos. Alat-alat kat sini pun ok. Ada treadmill, various size of dumbell/ barbell, weighing machine and etc.  Not bad la. Takat nak berpeluh sekilo tu tak de hal lah gwa cakap lu.

Kitaorang dok kat sini dalam sejam. Yelah kelas pun abeh dekat-dekat pukul 5. Lepas tu aku nak gi beli barang-barang umah lagi. Start dari bawang sampai sabun basuh kain semua habis. Haa ambik kau. Aku dah la kering sekarang sebab ari tu elaun masuk awal sangat sebab raya cina. Time-time ni lah nak abeh stock. By hook or by crook aku wajib pergi beli. Kebetulan pulak ari tu ari rabu. Ada pasar malam cina kat Taman Connought ni. Boleh lah singgah kejap beli buah epal. Kalau ari pasar malam jalan kat luar jammed maha dasyat. Sampai dulu kitaorang dapat balik posting shift petang awal sebab pasar malam ni. Dulu je lah. Sekarang tak boleh dah.

Lega rasa bila balik sakit-sakit badan. Bila sakit baru lah terasa macam pergi exercise. Ye dak? Bila aku cakap ari ni pergi gym korang jangan lah kata "Aih, tak lama lagi badan macam model la." Tak tak. Aku ni bukan pergi selalu malas. Kekangan masa. Sebulan sekali pun susah.

Then, esok harinya, khamis aku ada satu kelas je. Sampai 9.30am. Pastu abeh. Tak de dah. Patutnya petang pukul 2 ada tapi cancel pulak. Yes! So lepak-lepak ngan si Nadiah ni. Saja sembang-sembang. Malas nak balik umah lagi. Kalau balik pun sure tido tu yang malas tu. Menternak lemak aje. Cukup-cukup lah.

Nadiah tanya, " Awak petang-petang tak gi joging ke?'. " petang ni saya dah janji nak joging dengan Mazni. kat taman depan umah je." " Owh ye ke. molek ah gitu. jom kita gi joging kat Tasik Permaisuri nak tak? Lama tak gi situ. Ajak lah Rozi ngan Mazni sekali." " Aah la awak. Lama tak gi sana. Hmm boleh lah. Jap saya mesej tanya diaorang." Diaorang reply "Ok jom. Boleh aje :))"

So petang tu lepas Asar, laju-laju siap pergi Taman Tasik Permaisuri. Dekat je ngan umah.


Just arrived. Rozie, Nadiah and Maznie. *happy face*


Ehem, bila sampai ambik gambar dulu. Agak banyak pics yang kitaorang snap sebelum joging. Kalau dah pas joging sure muka buruk gila. Berpeluh dan selebet.


Suka gaya Mazni. Sempoi. Kalau korang perasan rozie pakai jeans. Sebab dia tak nak joging. Just datang nak ambik angin je. Ari ni dia puasa. Good girl :))


Room mate yang suka melompat. kanak-kanak ribena Tak kisah lah ape pun janji kau happy.


Me and my kind hearted room mate. Love U dear <3

Ehem, ready to jog :p


Let's get started. Yang pic kiri memang tengah joging. Yang pic kanan ni tak pasti pulak buat ape. membebel ke bergosip?? :P

Jog for a while and continue snap pics :))




Suka sangat gambar-gambar ngan Nadiah ni. Environment kat belakang yang hijau buat gambar nampak cantik walaupun orang dalam gambar tak cantik. Plus cahaya matahari yang agak terang sangat lah membantu.

Tips: Nak gambar yang cantik ambik lah kat taman.haha.

Ok then, kitaorang simpan kamera kat Rozie and continue jogging. Ramai jugak mamat-mamat hensem orang kat sini. Aku bawak earphone konon-konon nak dengar lagu time joging. Tapi haram tak pakai pun. Si Nadiah ni kan tak pernah kering gusi buat lawak. Ada je idea dia. Jenuh gelak aku. Sambil lari sambil gelak. Lari laju-laju potong mamat hensem yang jog sorang-sorang gelak banyak banyak. Tercungap-cungap dua-dua orang. Haha. Best lah. Ceria je hidup aku.

Suka lah joging kat sini. Tempat ni luas dan cantik. Puas lah nak cuci mata *winkwink* Tak abeh pusing pun dah semput. Selama ni datang sini dok melepak je mana nak tau ape yang ada. Agak-agak dah basah baju bermandi peluh kitaorang pun get ready lah nak balik.


Post workout pic. Both having shortness-of-breath and dehydration :P Penat sekejap je. Pastu badan terasa ringan je :-) Dan segar walaupun tak mandi lagi.

Lepas joging, kitaorang gi lah kat Masjid Saidina Uthman yang kat sebelah taman ni. Karang kan dah nak masuk magrib. Alhamdullilah, dapat jugak solat jemaah setelah sekian lama :-(


Hakhak. Nadiah laju-laju snap. Sempat lagi tu. By the way, telekung tu masjid punya. Kebetulan pulak sama ngan kaler inner syria den.

Time kitaorang tengah ikat tali kasut kat luar masjid ni ada lah sorang Pak Cik tegur kitaorang.

"Korang sekolah dekat mane?."
"Alah sekolah kat sini-sini je." *dalam hati tak tau pun sekolah ape yang ada kat situ*
"Owh, lambat ek balik sekolah. ada aktiviti ke tadi?"
"Tak lah. kitaorang datang joging. terus singgah sini."
'Owh, bagus-bagus, nasib anak pak cik kecik lagi. Kalau tak boleh buat menantu." :P

Nak percaya boleh tak nak percaya pun tak pe *facepalm*

Pastu kitaorang  joging lagi sampai pasar malam Bandar Tun Razak. Joging? Ok tak lawak. Memang nak gi pasar malam pun. Rajin ko ni pergi pasar malam kan? Memang lah. Ni pasar malam melayu. Yang semalam tu cina. Nak beli makanan semua tak boleh. Kempunan aku dok tengok cempedak goreng tiap-tiap minggu. Tengok aje lah *slurpp hisap balik air liur meleleh :P* Takat buah-buah je lah yang lepas. Bila datang sini Oh My God! banyak nya benda makan. Sedap-sedap belaka. *jakun sekejap.* Rasa nak beli semua. Nak beli murtabak, nak beli kuih, nak beli ayam golek, nak beli keropok lekor tapi semua tu aku tak beli. Hahaha. Macam lah aku rajin sangat nak makan karang. Confirm membazir. Beli nasi ngan air je :)) Makan untuk hidup dah la.

Rozie pulak tak makan lagi. Bukak puasa tadi minum air masak je. Kesian dia. Karang hypoglycemia kat situ tak pasal-pasal je. Errr, ape tu hypoglycemia? Kurang gula dalam darah. Boleh pengsan tau! Kalau pengsan sapa nak carry bawak balik. Cepat-cepat aku paksa dia makan.

Lepas beli makanan lebih kurang kitaorang terus balik. Bukan apa sebab teringat pulak assignment bertimbun kat umah tengah menanti. Assignment dari Prof yang garang. Aku dah lah jadi group leader. Anak buah semua dah siap part masing-masing. Aku tak buat ape lagi pun. Bertuah punya leader. Ahh, gasak lah. Dah la kena submit esok pagi.

Whatever it is, i love workout! It makes me happy and feel healthy :))

4 comments: