Assalamualaikum..
Hari ni 20/02/12..Tarikh yang cantik. Tarikh esok lagi cantik. So how was your day peoples? Ada ape-ape perbezaan ke bila tarikh cantik tak cantik? Hmm *thinking*. Aku hari ni tak duduk umah sangat. Bangun je pagi-pagi terus keluar ngan mak aku pi tempah uniform staff nurse. Fuhhh, tak lama lagi keje la aku. Nak kena ambik gambar secepat mungkin pakai uniform. Dah setel bab uniform pi pulak Popular sebab nak habiskan baucer buku. Aku just guna RM50 je tadi. Still ada balance RM100. Takpe banyak masa lagi kan. Then ambik adik aku balik sekolah. Pastu petang dalam pukul 2 teman opah aku pergi klinik. Saja lah nak teman. Selama ni pergi klinik untuk posting. Tak pernah lagi datang sebagai orang biasa. Klinik opah aku tu agak jauh sikit kat area Kuala Sepetang. Opah aku suka mari sini sebab orang tak ramai. Cepat sikit lah urusannya. Sapa-sapa tak tau Kuala Sepetang ni famous dengan mee udang. Alang-alang dah datang aku ajak lah opah aku ngan bapak sedara sekali pergi makan kat mee udang Mak Jah. Mee udang Mak Jah ni biasa dok masuk paper. Sekarang bisnes dia maju so dia up sikit bukak cawangan 1 kat KL - area Wangsa Maju. Warga kota boleh lah pi try pasni. Tak perlu lah nak mai sampai Kuala Sepetang.
Mee udang semangkuk RM7. Ada banyak lagi udang di sebalik mee. Macam peribahasa pulak :) haha |
Huh, punya panjang introduction. Actually ari ni aku nak bercerita pasal makanan. Gara-gara makan mee udang tadi. Haha. So guys what are your food preferences? Healthy, fresh food? Vegan, raw and gluten free food that's 100% organic? ALB - anything but local? or the cheapest ever you can afford?
Another boring pic of mine. Taken today :) |
Kalau makanan berkuah aku suka koeyteow sup. Suka sangat sejak dari form 4. Ni semua sebab terpengaruh ngan kawan baik aku Teh Faezah atau pun nickname dia Jay. Kat Taiping ni ada lah satu tempat dia punya sup punya lah sedap. Dulu aku, Jay dan kawan lagi sorang nama Hana pernah lah tersesat masuk form 6 kat sekolah St. George selama seminggu. St. George ni sekolah laki. Hanya form 6 je campur laki perempuan. Kitaorang malas nak makan kat sekolah sebab kantin dia sesak sangat. So bila balik sekolah baru kitaorang makan. Makan koeyteow sup la setiap hari. Koeyteow sup ayam campur perut. Perghh heavenly delicious! Menjilat mangkuk gwa cakap lu. Mak aku sendiri pun suka buat koey teow sup kat umah. Dan setiap kali nak buat sup mesti muka aku terpilih untuk cuci dan potong ayam.
Selain tu, aku suka tomyam. Again koey teow tomyam. Haha. Tomyam terbaik takat ni aku makan kat Hatyai. Pedas dan sedap sampai terangkat. Dekat-dekat umah aku ada 1 kedai makan murah dan tomyam yang sangat kaw sama naik ngan kat Hatyai. Aku malam-malam rajin suruh adik aku pergi beli. Hehe.
Then, aku jugak suka makan ayam
Aku tak suka makan kerepek dan keropok. Segala bagai jajan semua aku tak minat. Kalau letak depan aku memang benda tu takkan luak. Sekadar rasa boleh la. Nak makan lebih-lebih memang tak.
Aku bukanlah jenis yang makan sangat memilih. Tak sedap sikit tinggal. Tak tak aku bukan macam tu. Aku susah nak cakap kalau makanan tu tak sedap. Kalau tak sedap aku diam je dan still makan sampai habis. Aku jugak tak suka orang membazir makanan. Sakit je mata aku kalau tiap kali makan ko tak habis. Sekali sekala takpe la. Orang kat Somalia sana semua malnutrition berebut-rebut nak makan yang ko kat sini mewah sangat sampai tak sedap sikit buang. Ish janganlah buat perangai macam tu. Tak baik membazir. Dulu kecik-kecik aku selalu dengar orang cakap "tak baik makan tak habis nanti nasi menangis." :-)
Hmm cukup lah dulu setakat ni. Kita berjumpa lagi di waktu dan masa yang sama esok hari. Do check it out peoples! *sambil kenyit mata buat muka comel.haha*
As a conclusion, i am not a picky eater as i eat almost anything and everything :-)
How about you?
mee udang biasa je rasa dia kan?
ReplyDeleteAah biasa je..tak de lah sedap mana pun..just bila makan sedap mata memandang udang besar2 :)
Deletenyum2...trasa nk mkn tomyam plk mlm nih..
ReplyDeleteowhh sila2..cek suka tomyam :)
ReplyDeletesedapnyeeeee
ReplyDeleteHaha..have a try girl!
Delete