6 Feb 2012

Nursing : How it began?


Assalamualaikum..

Dah lama aku nak buat entry ni. Harus buat cepat-cepat sebab tak lama lagi dah nak abeh belajar ( takutnya nak keje..seram!). So sementara masih bergelar student ni baik lah aku cite sikit macamane aku terjebak dalam jenayah nursing nie. Sekarang ni walaupun aku dah sem 6 tapi still ramai lagi dok ingat aku ni private student. Jenuh nak explain satu-satu. Baik tulis entry.

Rasanya semua tau aku belajar Diploma in Nursing ( dip je ponn tak payah la kecoh sgt..) kat private under KKM- Kementerian Kesihatan Malaysia. Macamane tu? Pelatih tajaan KKM tapi belajar kat private. Nanti keje ngan goverment. Aku pun tak tau kenapa KKM anta kat private. Mungkin sebab kolej jururawat full or shortage of nurses during that time. I don't know.

Alang-alang nak cite baik cite dari awal. Aku ada isi borang SPA. Tak lama lepas tu dapat surat panggil kita gi interview. Out of 10 choices yang ada aku dapat 7. Semua kursus separa perubatan - Juruteknologi makmal perubatan pelatih, Juru xray pelatih, Pembantu perubatan pelatih, Jurarawat pelatih, Jururawat masyarakat pelatih, Pembantu farmasi pelatih and so on. Ada 7 semuanya. Malam sebelum interview tu aku kuar ngan bapak aku pergi photostat ape yang patut. Banyak jugak dokumen nak kena bawak. Malam tu pulak aku tido lambat. Ada keje sikit. Dalam pukul 2.30pm jugak baru aku tido. Sebelum tu aku siap-siap kan beg. Cek tengok kot-kot ada yang tertinggal. Pang! Ic aku tak de. Celah mane pulak letak ni. Gabra aih. Jenuh aku cari tak jumpe-jumpe. Tak pelah aku tido dulu la. Esok baru cari. Dah lewat kot. Esoknya kul 6 tepat aku dah terpacak depan bilik air. Mak aku suh aku mandi dulu. Pastu baru adik aku Tiqah mandi. Time tu Tiqah Form 4. Kiranya bapak aku anta Tiqah gi sekolah terus anta aku sekali pergi interview - sekolah Tiqah ngan Kolej Jururawat Taiping tak jauh mana. Boleh la gi sesama.

Pagi tu aku cakap kat mak aku yang Ic hilang. Memang bising lah dia. Semalam time photostat ada. Manalah aku tau. Bapak aku pulak cakap aku cuai letak merata-rata. Aku gi interview pagi tu muka ketat je. Yelah pagi-pagi aku dah kena marah. Tension gwa. Bila sampai kat Kolej Jururawat Taiping, tempat interview ni aku pun masuk lah dalam dewan makan. Bukan sebab nak makan tapi sebab nak jawab exam. Sebelum jawab exam orang tu ada tanya sape-sape yang ada tertinggal document penting macam Ic ke, surat beranak ke. Aku pun angkat lah tangan. Malunya! Aku sorang je yang tak de. Orang tu datang kat aku tanya hilang bila. Aku jawab lah hilang semalam. Nampak macam aku tipu je. Ari ni nak interview semalam hilang. Tapi tu lah hakikatnya. Ok takpe jawab exam dulu. Huh, lega.

Aku tak pasti lah bape jam jawab exam. Lepas siap jawab terus pergi masuk bilik menunggu. Kitaorang duduk dalam library. Tetiba aku jumpa kawan lama. Kawan time sekolah dulu. Hazwanie namanya. Time tu dia belajar kat UIA Nilai. Dia ni dulu sempat sekolah kat SMKA Kerian kejap time form 4. Ada la dalam 3 4 bulan pastu dia balik gi sekolah lama dia. Fuhh, lega aku. Tak lah bosan sangat menunggu. Kami dok pum pang pum pang sembang dua orang. Pastu pergi lunch sesama. Pastu masuk balik bilik menunngu ni. Time ni aku ada la kenal sorang budak ni. Takut aku tengok dia punya preparation nak interview. Budak perempuan biasalah. Skema nak mampus. Semua carta organisasi KKM, nama raja, nama menteri dia hafal. Yang paling tak tahan Panadol bapa miligram pun nak hafal! Hakhak. Dia siap cakap lagi dah berhari-hari dia berlatih depan cermin. Ye ke? Aku tak dak langsung preparation. Buat orang cuak je budak ni.  Haish.. Tapi bagus jugak ada budak ni. Bila dia hafal aku ngan Wanie pun ikut hafal sekali. Dari tak tau jadi tau.

Nak di jadikan cerita, aku lah orang paling last kena interview ari tu. Paling last ok! Dah petang dah tau. Dari subuh aku mai. Sabar je la -___-  Diaorang kasi orang yang tinggal luar dari Taiping dulu. Orang Taiping betul lama lah kena tunggu.

Sigh!

Nak sedapkan hati aku cakap " Hopefully the last would be the luckiest".. Wanie ni kena interview awal 20 minit je dari aku. Aku masuk bilik interview ni dengan mata merah ya amat. Mengantuk lah. Jam dah pukul 4.15pm dah. Mana la aku tak ngantuk. Interviewers ada 2 orang. Dua-dua perempuan. Diaorang tanya soklan pendek je. Aku elaborate panjang lebar. Berjam-jam tunggu takkan nak cakap sepatah dua kata. Ye dak? Tak berbaloi langsung. Kawan aku Sal text aku sebelum tu cakap, " kalau nak pass interview kita kena tunjuk yang kita betul-betul nak, kena bersungguh-sungguh yakin kan orang tu yang kita harap sangat dapat". Ok, got it! Thanks you friend ^_^ Bila aku rasa aku dah cukup confident kan dua-dua perempuan tu baru lah aku kuar. Adalah dalam setengah jam jugak aku dok pum pang pum pang gebang apa yang patut. Orang lain interview tak sampai 20 minit pun. Hehe. Puas aku bercakap. Haha. Lega! Alhamdullilah, Interview tu berjalan lancar.

Terus aku kol bapak aku suh datang ambik. Tak larat dah ni. Aku nak balik. Bila bapak aku datang bapak aku bawak sekali ngan Ic aku. Haaa ada pun kau. Bapak aku kata dia gi ambik kat kedai photostat. Lor..Bapak aku yang tertinggal sebenarnya. Sebab dia yang photostat semua. Hmm, tak pelah..

Sebulan lepas tu aku dapat lah surat. Excited aku dapat surat dari SPA. Happy ^__^ Kalau tak pass interview diaorang takkan hantar surat.

" Sukacita di maklumkan anda berjaya dalam temuduga dan akan di tawarkan menjadi Jururawat Terlatih U29 " lebih kurang macam tu lah.

Reaction aku? Nangis!. Warghhh, aku mana la minat nursing ni. Mintak lain dapat lain. Aku minat Juruteknologi makmal perubatan. Kalau tak dapat yang tu, dapat Xray ke, Physio ke, Farmasi ke orait lah. Tapi bukan nursing. Damn! Satu ari aku dalam dilema. Nak ke tak nak. Runsing pikir.

Pastu aku kol kawan aku Aizat. Aizat ni MA- medical assistant. Dia ni aku kenal dari aku darjah 1 lagi. Bila darjah 6 kami sama-sama dapat tawaran masuk SMKA Kerian. Kiranya aku sekolah ngan dia dari darjah 1 sampai form 5. Aku cite lah ape yang patut kat dia. Dia kata tak pe malam ni ko kol cakap ngan mak aku. Eh, asal lak? Seganlah aku. Aizat kata, alah bukan ko tak kenal mak aku. Dia ok je. Mak aku kan nurse. Dia boleh nasihat ko apa yang patut.

Hmm, Ok lah..

Malam tu setengah jam aku bergayut ngan mak Aizat. Macam-macam mak dia cite. Bagus mak dia. Ramah sangat. Beza gila ngan Aizat yang pendiam sangat-sangat. Bila mak dia cite baru lah aku macam terbukak hati sikit. Terima kasih banyak-banyak mak cik :)) Hmm, nursing pun nursing lah. Kalau tolak tak dapat dah ni. SPA blacklist nama ko. Nak ke?

Lagipun aku patut rasa bersyukur dapat. Alhamdullilah. Sebab ramai yang datang interview tapi bape kerat je yang diaorang ambik. Then, ada member aku kat sini datang interview SPA sampai 5x. Fuhh, nasib aku sekali je. Memang Allah dah tulis aku jadi nurse.

Tak lama lepas tu datang lah surat tawaran kata aku kena belajar kat UCSI University. Dah surat tu suruh aku daftar sini aku datang jelah. Serius cakap aku tak penah langsung tau pasal UCSI ni. U ni hanya femes di kalangan cina sebab most of student cina dan international. Student international ramai sesangat kat sini. Nak negara apa? U name it, they have it here. Haha. Start dari seputih-putih kulit sampai lah sehitam-hitam nya. Betul aku cakap. Tak tipu. Aku ingat nanti nak tulis 1 entry lah cite sal UCSI ni. haha.

Intake aku ada la dekat 40 orang jugak yang KKM masuk sini. Malay ngan Indian je. Cina takde yang KKM. Diaorang prefer private.

So, that was how it began.

Aku belajar kat sini semua free. Umah sewa teres 2 tingkat, bil air, bil letrik KKM bayarkan. Bulan-bulan dapat lah elaun. Keje dah ada. Hmm, ok lah tu. Apa lagi mau? Syukur Alhamdullilah..

benda ni dah sem 5 baru dapat. sabar je lah -__-

5 comments:

  1. ape ape pun. Allah dah tetapkan yg terbaik untuk kita. apa yg perlu.bersyukur dan berusaha untuk jd yg terbaik dlm apa jua bidang kita lalui. semoga hari mendatang lebih baik dayah :-) nurse ka cikgu ka.saham tetap tinggi!

    ReplyDelete
  2. Hmm betul kat snf tu. Allah dah tetapkan yang terbaik. Dia lebih mengetahui hamba2nya :) saham tetap tinggi tu dayah setuju sangat2..haha..selamat menjadi cikgu :))

    ReplyDelete
  3. bidang nursing adalah pekerjaan paling bodoh dialam semesta

    ReplyDelete
  4. hello kak .nak tanya ,kalau sya daftar pda 5/4/2015 kat bila sya akan dapat surat tawaran temuduga.i mean berapa bulan kena tunggu?

    ReplyDelete
  5. hello kak .nak tanya ,kalau sya daftar pda 5/4/2015 kat bila sya akan dapat surat tawaran temuduga.i mean berapa bulan kena tunggu?

    ReplyDelete