Assalamualaikum..
Aku sebenarnya tak sabar-sabar sangat nak balik Taiping. Harap sangat masa cepat berlalu. Dari ari Isnin aku macam cacing panas je tak senang duduk. Cepat lah weekend. Haha..Dasyat kan? Betapa desperate nya aku nak balik kampung. Lega bila kelas ari Sabtu cancel. Yay! Ingatkan nak terus balik ari Jumaat tapi aku ada hal pulak. Member mintak tolong ada masalah sikit. So ari Sabtu baru aku leh balik.
Ni lah housemates saya. Dah 3 tahun bersama duduk serumah. Pic ni snap lepas 5 minit kitaorang kuar umah. Dalam ramai-ramai ni aku sorang je balik kampung. Orang lain tak. Kitaorang baru je balik cuti raya cina tu yang diaorang tak balik. Aku ni sebab nak jumpe new love tu yang harus segera balik *winkwink* . Kawan-kawan aku ni ada yang nak pergi pesta buku, nak jumpa kawan, nak balik umah kakak abang kat KL ni. Macam-macam lah plan diaorang. Kitaorang naik lrt sama-sama tapi turun ikut haluan masing-masing.
Then, frust aku bila gi Pudu tiket lambat lagi. Nak tiket sekarang semua habis. Haish, ramai pulak orang balik kampung ari ni. Terpaksa la dok menunggu kat Pudu tu dalam dua jam jugak. Aku sampai umah agak lambat. Nak dekat magrib dah. Tak kisah lah lambat pun janji balik. Tak sabar nak jumpa cinta hati baru. Excited ni. Haha.
Sepanjang perjalanan tadi hati aku senang dan bebunga riang..Cewahh kau ^__^
So, here is my new love <3 Taraaaaa!
My New Myvi SE <3. Plastik pun tak bukak lagi. Esok pagi aku nak koyak dan buang semua :p
See my tired face with a big smile :)) happy sangat dapat drive balik setelah bertahun tak pegang stereng kete. Happy ^_^ !
Alhamdullilah, syukur pada Allah akhirnya dapat jugak benda ni. Terima kasih banyak-banyak kat abah coz make my dream comes true. Love u so much daddy! hehe.
Till then. Good Night peoples :))
wowww!!dah ade keta baru erk sekarang nie..hebatnye die..agak2 boleh tlg tumpangkan x balik kampung..hihihi
ReplyDeletehaha..Ahamdullilah rezeki. rasanya tak bawak kete ni g kl :)
ReplyDeleteayah sponsor ehh? hehe.
ReplyDeletehehe..so far macam tu lah..sponsor.hehe. k.dayah nak bayar duit muka sama tp ayah kata tak payah..nanti dah keje baru sambung bayar ^^
ReplyDelete