2 Jan 2012

Trip to Hatyai - Part 1



Assalamualaikum !


Aku sebenarnye dah lame sangat nak tulis entry ni. Entry berjalan- jalan ^__^ 


Please noted that it is full with pictures :)


Bulan 11 hari tu kebetulan aku baru je start bercuti lepas abeh posting/ praktikal kat Hospital bahagia Ulu Kinta, so aku ikut lah trip sepupu aku pergi jalan- jalan kat Hatyai. Aku just tau ni trip under sekolah dia. Untuk cikgu-cikgu dan staf. Ada banyak lagi tempat kosong so diaorang invite orang luar.


Bas bertolak pukul 12am dari Perak. Sampai kat R&R gurun semua org turun mandi, solat subuh dan breakfast. Pastu baru bas bertolak ke Hatyai. Pukul 9am aku dah masuk Thailand ^_^


First thing i did when enter Thailand was texting someone - who - now - no longer - important. I just want to check the sms rates. Guys, its RM 1.60/sms !


Ok, lets go further into this awesome trip !




Ok ni waktu kat border Malaysia - Thai. Kena turun bas pergi cop border pass dan pasport. Orang tak ramai sebab time ni Thailand banjir. Padahal banjir kat Bangkok je. Memang dasyat la. Kilang Honda sekali tenggelam.  Hatyai kat selatan, Bangkok pulak kat tengah Thailand. Bangkok ngan Hatyai tersangat lah jauh.  15 jam perjalanan ok ! jarak nya lagi jauh dari Perlis ke JB. So korang boleh imagine betapa besarnya Thailand.






Gambar ni ambik lepas cek kat Imigresen. Ni la muka member-member trip. 


Bila kitaorang masuk je Thailand terus ada tourist guide. Aku pun tak tau bila dia naik bas. hehe. Tau -tau je dah ada. Tourist guide kitaorang kecik je. Nama dia Yah, orang Thai dan sangat fasih cakap melayu. So senang lah kitaorang. No communication barrier. Ayong aku kata tourist guide diaorang dulu tak fasih cakap melayu. Memang susah sangat nak faham apa dia cakap. Then, sepanjang jalan dia bercerita sakan pasal Thailand - sejarah, kepercayaan, lifestyles etc. Dia jugak ajar kitaorg cakap Siam. Senang katanye nak tawar - tawar harga barang nanti. Biase lah kalau kita tourist kan harga lebih mahal. Tapi kalau kita tau bahasa diaorang harga tu murah sikit. Aku takde pun nak tawar - tawar harga barang sebab barang - barang kat sana dah memang sedia murah. 




Ni lah cousin aku, Ayong. Aku tak pasti kali ke berapa dia pergi Hatyai. memang selalu lah. Dia rajin travel. Dengar kata nanti nak pi Vietnam pulak. Haish, bestnya. Member - member trip kalau ada masalah pape boleh lah datang refer kat dia. 


Then, after two hours travel we reach Songkla City - a province in Southern Thailand. Yang aku tau dari tourist guide Songkla ni bandar pendidikan. sepanjang jalan dia ada lah tunjukkan beberapa buah universiti kat situ. Tempat pertama kitaorang pergi Tang Kuan Hill Songkla.


Nak masuk ni kena naik lif / kereta kabel ala - ala macam kat Bukit Bendera.  Tiket murah je 30 baht = RM 3. Bila dok atas ni nampak la view Thailand. Cantik lah. Nampak bandar nampak laut. Kat atas ni jugak ada patung buddha besar. Ramai tourist sembahyang kat situ.




Then, we headed to Samila beach. Here residing the famous landmark of Songkla - the golden mermaid as u can see in the first picture and the cat & mouse statue. Orang siam percaya kalau nak cepatkan jodoh pergilah gosok - gosok mermaid tu. Aku mestilah pergi gosok. haha. Tak percaya pun. Saja suka - suka. Keliling mermaid ni memang ramai orang ambik gambar - tengok tu ada org putih interframes dalam gambar aku. Cat & mouse statue tu ada sejarah. Tapi aku dah lupa la.hehe. orang siam ni jenis suka buat statue. banyak statue dan patung - patung besar aku jumpa sepanjang jalan.


Time ni angin sepoi - sepoi bahasa. Sedap lah berjalan -jalan. Tourist pun ramai. Ada banyak gerai tepi pantai jual souvenirs dan makanan. Cousin aku beli makanan. Aku beli souvenirs. Nampak tak bas dalam gambar tu? Royal class beb. selesa sangat. sesuai lah untuk travel jauh - jauh :)


Lepas tu tourist guide bawak kitaorang pegi kat Nora plaza. Nora Plaza ni dah sampai Hatyai. Dia kata kalau nak beli barang - barang kulit, belilah kat sini sebab confirm original. Kat pasar pun banyak jual barang kulit tapi tak pasti ori ke tak. Harga sama jugak. Dia adalah tunjukkan kitaorang purse dia - purse kulit ikan pari original. Orang siam percaya purse dari kulit ikan pari bagi kita banyak duit, banyak rezeki. Kat Nora Plaza ni jugak kita boleh minum sup sarang burung. Sarang burung ni ada banyak jenis. Kalau yang untuk lelaki campur ngan ginseng. untuk perempuan campur ngan isi kelapa. Lepas tu ada jugak yang untuk kanak - kanak. Orang cakap sup sarang burung ni bagus untuk kesihatan dan awet muda. Ye ke?



Bila dah sampai sini harus lah try sup sarang burung. Aku makan 1 mangkuk kongsi 3 orang dengan Kak Jie (yg baju kuning tu) dan cousin aku. bukan ape, takut lah kot - kot rasa dia pelik tak pasal - pasal muntah. Tak cool la kalau muntah kan. haha. Hmm, rasa dia not bad. Sedap lah. Pastu sejuk je sebab letak ais. Semangkuk berharga 200 baht = RM 20. As a souvenirs, i bought 4 bottles of these sarang burung for my mom and aunties - 1 bottle for me of coz !




Then, kitaorang masuk kat tempat shopping. Cousin aku ajak beli purse kulit ikan pari ni. Purse yang aku pakai memang dah patut tukar. Dah lama nak beli tapi tak jumpa yang berkenan. Sekali tanya kat org jual tu mahal la pulak purse ni. 2000 baht. After discount becomes 1800 baht. Still mahal :( Kalau aku beli purse ni nanti tak dapat lah shopping. Aku kalau boleh nak la beli souvenirs untuk parent dan adik - beradik. Kawan -kawan lagi. Sekali cousin aku kata takpe dia bayarkan dulu pakai credit card :) Haaa ape lagi. Laju - laju la pilih. haha. Aku ambik warna purple. Ayong ambik warna hitam. Design purse ni banyak sesuai untuk orang dewasa. Yang macam aku pilih ni je sesuai untuk orang muda. Selain purse, aku beli keychain Thailand kat sini.


Lepas shopping baru lah kitaorang pergi lunch. Serius lapar time ni. Last aku makan nasi lemak kat R&R Gurun pukul 4.30 pagi dan makan aiskrim kelapa kat Songkla. Makan seterusnya pukul 2pm. Lama tu..




Lunch kitaorang makan menu famous Thailand - ape lagi kalau bukan tomyam ! tomyam dia sangat pekat dan pedas. Memanglah sangat sedap. Time aku ambik pic ni banyak lagi menu tak sampai. Aku nak ambik pic lagi tapi tak boleh sebab dslr aku takde bateri :(


Lepas makan barulah check in hotel. semua orang check in, mandi, sembahyang,tukar baju dalam masa sejam je. Masuk je bilik hotel laju - laju aku charge kamera. Banyak lagi tempat nak jalan ni ^__^




Ni pic waktu petang. Tukar pakai shawl pulak. Shawl + Dslr + handbag was not really a good combination this time. Serabut rasa. Rasa tercekik pun ada bila hang dslr kat tengkuk -_- . Betul - betul tak cool. But nevermind, i'm still enjoy there.




Next destination was Khlong Hae Floating Market. Anyone who came to Hatyai must visit this unique floating market. This place was interesting coz we had none in Malaysia. Here they selling all sort of local foods, dessert, snacks and drinks. Everything seems to be cheap but yet tasty. And halal of coz. semua peniaga duduk dalam sampan, side by side.  Ada lebih kurang 100 sampan i guess. Pembeli semua atas darat. When i was here i keep wondering is anyone fell into the river while buying food. hahaha. Orang ramai kot. Mane la tau tengah -tengah sesak tertolak sana sini. Hmmm...




Yang bagusnya waktu kat sini kitaorang makan in group and share - share semua makanan. Sorang pergi beli makanan and bagi semua rasa. Nanti orang lain pulak pergi beli makanan lain. Aku tak tau nak beli apa. So mula - mula aku beli air. Air laici rasa. Kat dalam bekas tanah liat Doraemon. Kalau kita nak letak dalam bekas ni harga mahal sikit 250 baht = RM 2.50. Kalau letak dalam cawan kertas yg biasa kita minum tu 200 baht je. Lepas tu makanan aku tak beli pun. Ape diaorang beli aku makan. Bihun sup, somtam, roti telur, potato spring sampailah telur puyuh semua aku makan. Last - last aku kenyang macam tu je. Bagus betul.



Member-member trip ni semua mesra dan ramah -ramah belaka. Aku rasa macam dah kenal lama ngan diaorang. Sikit pun tak rasa kekok. Diaorang jugak baik hati sebab selalu tolong snap pic aku.hehe. Dah la suka buat lawak. Asyik ketawa je sepanjang jalan. Tak sempat nak bosan. Ehem, kalau nak buat trip lagi jalan lupa ajak. hehe.




Ni la bekas tanah liat tu. Aku ambil bekas Doraemon sebab tu aku rasa paling comel plus bekas tu gemuk sikit boleh isi banyak air. hehe. Mula - mula aku beli air laici. Then, aku rasa macam nak lagi 1 bekas ni so aku pun pergi beli lagi air. Nampak tak air yang warna coklat tu? Aku beli yang tu sebab warna dia agak pelik. Air teh rupanya. Manis betul. Bekas ni boleh bawa balik rumah. Bagus kan? Boleh buat souvenirs. Bihun sup pun diaorang jual dalam bekas tanah liat ni. Pun boleh bawa balik.


Then,agak – agak dah kenyang melantak kitaorang pergi pulak pasar malam. Aku tak pasti tempat tu panggil apa tapi betul –betul macam pasar malam. Pasar malam ni kat kawasan yang sama dengan floating market. Kat sini kalau nak shopping boleh lah. They selling clothes as well as food. Yes, again food. Banyak sungguh makanan kat sini. 




Kat sini jugak banyak jual pokok – pokok bunga macam orkid contohnya. Kalau mak –mak sapa minat gardening boleh la beli sepokok dua sebab murah sangat. Dalam RM7 tak silap. Kalau kat tempat kita dalam RM30. Jauh beza kan. Mak aku tak minat gardening so aku takda la kisah nak belek bunga – bunga orkid ni. Orang lain aku tengok punya lah excited. Dok la cakap cantik-cantik.  Tapi masalahnya pokok – pokok tak boleh bawa masuk malaysia. Kalau kastam jumpa memang kena rampas. Kalau nak beli tu pandai –pandai lah. Hehe..

Aku rasa around 8.30pm kot kitaorang gerak balik hotel. Agak jauh tempat ni ngan hotel. Sampai je hotel semua orang di beri masa dalam 40 minit untuk pergi toilet and refresh diri. Masuk je bilik laju-laju aku tukar tudung. Pakai tudung instance balik.

Time ni tourist guide takde dah. Esok pulak dia datang. Kiranya malam-malam ni aktiviti bebas. Pergi lah jalan mana-mana nak. Kalau nak terus tido or rehat-rehat kat hotel pun boleh. Dalam trip ni ada yang datang family bawak anak – anak. So yang family ni semua tak keluar dah time malam. Anak-anak ngantuk dan perlu berehat. Aku? of coz la tak kan rehat. Every minutes was so precious to waste. Lagi pun aku memang tak penat.haha.
  


Haa ok dah alang- alang camwhore dalam bilik ni boleh la story sikit. We stayed at level 7 BP Grand Tower Hotel which is situated at the heart of Hatyai, surrounded by all major shopping complex, hotels, bussiness area and night market. It is 3 star hotel with super cheap price - only RM70/day ! Hotel budget yang aku tido kat PD pun RM100/day. Adoi, murahnya. Ni yang buat rasa nak datang lagi. 1 bilik 2 orang tido. Memang lah sangat selesa. Yang aku paling suka ada tub mandi. *winkwink*






Ok, sekarang semua orang dah gather kat lobi so boleh lah pergi. Malam-malam ni kitaorg naik ‘tuk-tuk’ or teksi. What a cute name, right? Naik tuk-tuk ni kena bayar sorang 20 baht = RM 2. Murah jelah sebab bukan pakai air-cond pun. Fresh air. 




Kitaorang pergi pasar malam. Pasar malam lain pulak. Kat sini aku tak beli pape pun. Just beli minum-minum je. Pics pun tak banyak snap sebab aku tak pandai ambik pic malam. Gambar jadi blur je. Aku kalau boleh tak naklah guna auto mode. Kualiti gambar sama je macam kamera digital biasa. Nasib lah ada 2 3 orang brader 1 trip yang baik hati nak ajar aku. Terima kasih banyak-banyak. Dslr kitaorang sama. So senanglah. Nak tunggu aku study kamera tu sendiri tak tau lah bila.



Kalau korang perasan kat gambar first atas ni ada gajah kat belakang aku. Nak ambik gambar dekat-dekat tak boleh. Kang tak pasal-pasal mengamuk gajah tu kena flash kamera. Gajah kat pasar malam ok. Bukan kat Zoo. Kita boleh bagi makan gajah kalau nak. Aku tak nak lah. Tak berani. 

Malam tu meronda-ronda agak lama. Ramai sungguh orang Malaysia kitaorang jumpa sepanjang jalan. Kebanyakan datang dengan family. Dalam pukul 11.30 baru kitaorg balik. Tapi tak semua nak balik. Yang laki-laki pi karaoke pulak. Ayong and i must return back to hotel coz we have something waiting there.hehe.

Sampai je bilik aku terus mandi. Ehem, malam-malam yang sejuk ni haruslah mandi air suam. Eh bukan. Berendam dalam air suam. Sambil-sambil skrub badan. Pergh, heaven rasa.

Dalam pukul 12.10 macam tu datang lah dua orang ladies. Massage! Kitaorang dua dah booking kat tourist guide Thai massage. Diaorang datang kat bilik hotel. Tak payah susah-susah nak turun bawah. Lepas mandi terus je massage. Thai massage ni tak guna minyak langsung. Kering je. Masseuse aku ni kecik je orang dia tapi urut dia punya la kuat. Dia urut aku pakai tangan, siku dan lutut. Memang terasa la sakit tu tapi sedap. Sepanjang sejam setengah massage ada dua kali aku menjerit sikit. Sebab dia kilas badan aku ke kiri pastu ke kanan lebih 90 degree! Ce try buat. Sakit wooo.. Aku memang puji-puji la perempuan ni. Nak cakap english dia tak paham. Nak cakap siam aku pulak tak reti. So buat thumbs up. Hehe. Memang dia seronok la. Tersenyum lebar. Berkali – kali dia tunduk dan cakap sawadeekap. Pastu dia suruh aku tido. Siap selimutkan aku lagi.hehe. Double heaven !

As a conclusion, Thai massage is damn awesome! If you have chance to visit Thailand do try it. Its good yet easily available around.  Erk, aku suggest ni kat perempuan je. Kat laki kurang sesuai.

Ok time to sleep. Good Night Hatyai !

2 comments:

  1. Dear, u pegi sana pakai travel apa. macam nak gi jer. baper harga pakej ni?

    ReplyDelete
  2. Berapa harga pakej ni? guna agent mana. nampak sgt best!

    ReplyDelete