Assalamualaikum..
Sedara aku bertunang 26/12/11 ari isnin. Kitaorang ramai-ramai pergi umah dia kat Sitiawan, Perak start dari ari Sabtu lagi. Datang awal tolong buat hantaran. Aku bukan la kreatif pun nak reka-reka hantaran. Tolong la mana patut.
Pic dalam entry ni kinda boring kepada sape-sape yang dah tengok kat fb aku. Sedara- mara aku pakat-pakat tag. Ari bertunang tu pakai 1 kamera je. So semua sedara mara dapat copy gambar yang sama.
Hantaran dari pihak laki. Almost 30 campur ngan cakes yang jiran-jiran bagi. Kek saja ada dalam 5 jenis.
Dalam banyak-banyak benda aku pilih nak bawa Potpuri ni. Sebab ringan.Barang lain berat. Sebab aku buat yang ni. Yang hias-hias tu tak tau sapa. Daun pandan ni aku kutip kat belakang umah. Bunga-bunga pulak aku kutip keliling umah mak cik aku. Mak cik aku tak cakap pun bekas Potpuri ni ada 5 je. Aku potong daun pandan punya la banyak. Cukup untuk letak dalam 15 bekas rasa. Rugi rugi.
DIY Potpuri. Main bedal je. Not bad la kan. Buat sendiri jimat sikit.
Dalam banyak-banyak hantaran, hand bouquet ni yang aku paling suka. Selalunya hand bouquet made of flowers - roses, lily, carnation with extra small bears and chocolate. Yang ni pakai Lolly Pop. Ada 60 biji semua. Serius berat benda nie.
Hand bouquet ni Kak Long aku yang buat. Tak sangka kreatif jugak cousin aku ni. Tak penah tau pun.
Rombongan meminang kitaorang ni ramai jugak la. Ada la dekat 50 orang. Ramai jugak yang aku tak kenal macam jiran-jiran mak sedara aku.
Time meminang ni orang tua-tua sakan berpantun. Nak tergelak pulak rasa. Orang-orang tertentu je bercakap. Yang lain semua diam, dengar, senyum-senyum dan jeling-jeling je. Hehe. Diaorang bertunang setahun pastu baru kawin. Dah selesai bincang, terus sarung cincin ^_^
Alhamdullilah, bertunang sudah. Lepas tu tuan rumah jamu makan tengah hari. Dah makan bertukar-tukar hantaran dan kitaorang pun balik.
Ok ni hantaran dari pihak perempuan. Banyak betul makanan. Memang tak termakan.
Untuk cousin aku, Shamil Izwan dan pasangannya, Ti Hajar semoga anda berdua bahagia bersama. Bertunang, berkahwin dan berkekalan hingga akhir hayat. Amin.
Ni my beloved ( wekk!) cousin, Kak Jie. Dia ni adek kepada Wan yang baru bertunang tadi. Tak lama lagi turn dia pulak nak bertunang. Yay! Suke sangat ^_^ Bila Kak Jie nak bertunang aku memang lagi excited sebab kitaorang rapat. Selalu bergaduh, kutuk-kutuk dan bergelak ketawa. Dia kalau dapat kata kat orang memang kaw-kaw la kena. Tapi aku dan sedara mara lain tak kisah. Dah biasa. Paham sangat perangai dia. Kitaorang jarang-jarang jumpe sebab dia keje nun jauh di Pasir Gudang. Dia ni dulu pun SMKA Kerian jugak. Waktu aku Darjah 6 dia dah Form 5. Dia SPM tahun 2002. So bila aku masuk sekolah tu memang tak jumpe la dia. Lagi satu persamaan We both are Nurses :)
No comments:
Post a Comment