9 Jan 2012

Free Gift


Assalamualaikum..

Aku baru siap buat keje sikit. Macam assignment jugak la. Setiap hari bila balik je posting mesti ada list benda yang nak kena Google. Nanti CI ( Clinical instructor) yang suka marah jaga kita time posting kat hospital tanya tak tau jawab abeh la ko. Ari ni dia tanya ko esok dia nak jawapan. Tak tau jawab confirm kena bebel. Ari ni first day aku start posting untuk sem ni. Kat Hospital Putrajaya shift petang. Dalam pukul 9.50pm aku sampai rumah. Balik umah macam biasa terus mesin baju, mandi, buat minuman panas then baru online. Cakap pasal minuman panas macam coklat, susu, milo aku ada la terbaca 1 fact kata bagus kerana ia mampu menyeimbangkan perasaan sekaligus memberikan rasa kenyang yang mampu meredakan tekanan. Elok sangat la balik keje kan selalu tekanan perasaan. Aku dah amalkan benda ni sekian lama. Suka cek bila dapat tau bagus.hehe.

Hmm, korang suka tak bila beli barang dapat free gift? Aku suka :) Macam beli perfume Enchanteur dapat beg comel. Beli sabun Daia dapat pinggan and etc.

Bulan lepas, 2 jam aku dok dalam Popular Book Store dok belek macam- macam majalah. Lama tak beli. So many magazine caught my attention. But i bought this one.




Why? because it comes with free gift. hehe.


Aku memang pakai syampu Loreal. Terus je grab majalah EH! ni. Berbaloi beli sebab tak mahal pun. Lupa dah bape ringgit. Majalah EH! not bad la. Banyak topik menarik. Cover depan pun cantik. 

Tadi aku singgah kedai jap beli gula-gula sekali terpandang la majalah cleo mini size. Why mini size? Selama ni kan majalah Cleo size besar. Coz it come with free gift. hehe. Yang size besar ada je jual tapi tak dapat pape. Harga sama je RM 5.


See..they shrunk the size and replace it with maybelline BB cream. I like! hehe. Majalah Cleo cover Katy Perry tu dah lama beli. Saje take pic together. Kebetulan, aku memang ada niat nak beli BB cream ni bila dapat elaun nanti. Rasa macam suka pulak lepas kawan aku bagi try sekali.

Bila dapat free gift ni readers boleh try barang baru. Kalau diaorang suka boleh terus beli barang tu. Such a good marketing strategy d(^__^d)

Good Night. Bye!

No comments:

Post a Comment