28 Feb 2012

Diary Of The Day : Exam, Cake, Sunway Pyramid and BFF Surprise


Assalamualaikum..

Ape kabar semua? Alhamdullilah hari ni aku sihat sebab dok jalan pergi merata-rata. Yay suka jalan-jalan ni. Hehe. Semalam sebelum tido aku tengok lah muka kat cermin. Well, habit setiap hari. Muka aku merah gila. Sebab banyak main panas. Patut lah aku sakit kepala. Sakan aku cari cool fever sana sini tak jumpa-jumpa. Seingat aku ada extra satu lagi. Nak mintak kat room mate dia dah tido. Argh, letak lah minyak cap kapak. Risau gak kan sebab ari ni exam. Kalau tak exam tak pe. Alhamdullilah bangun pagi  tadi kepala rasa ringan. Dan exam jugak not so bad. Boleh lah jawab. Yes!! lega. Kurang sikit beban. Pas jawab exam pi hantar assignment. Sem 6 ni banyak assignment. Tak berhenti-henti.

Dalam pukul 12 tengah hari aku sampai umah. Dah janji ngan housemate semua nak buat kek batik. Tak sempat cabut tudung terus pi dapur start hancurkan biskut marie. Setengah jam pastu siap kek batik terus letak dalam fridge. Tunggu masa ja nak makan. Kek ni kalau simpan di dalam fridge lama-lama lagi sedap.  Biar cepat keras dan mudah di potong nanti.



Pukul 3 petang aku keluar pulak. Dah janji ngan member. Nasib member ada kete. Senang lah sikit. Kalau nak naik public transport pi Sunway Pyramid tu mau pengsan aku dalam bas Rapid (over!) haha. Yelah nak naik komuter pastu nak tukar naik bas Rapid pulak. Huh. Banyak keje.
senyumlah sikit :-)
Aku tengok movie cite Ghost Rider: Spirit of Vengeance. It is the sequel to the 2007 film Ghost Rider. We watch at the IMAX theatre hall with a so wide screen that make you feel like you are in the movie! A part of that movie. Haha. I was really enjoyed yet so focus throughout the film. Thumbs up! Err, ticket price a bit expensive RM 16.

Apekah perasaan saya pada waktu itu? Cuba teka. Sape betul dapat gula-gula seringgit.

Sedih dan kecewa iskk iskk sebab aku tengah tengok kedai L'Occitane ni sambil tangan aku dok sapu-sapu hand lotion tester yang ada situ. Lotion tu best sangat - wangi, lembut dan lembab. Tapi sayang harganya RM100! Bukannya banyak mana pun. Kalau aku pakai dalam 3 minggu sure abeh. Tak berbaloi.

Ehem, simple yet feminine outfit of the day ^_^ Kuning sunshine. Hehe.

Kalau korang nak tahu antara resolution 2012 ni aku nak pakai dan nak beli banyak baju kuning. Sebab aku kurang pakaian warna kuning. Adalah beberapa helai. Konon-konon nak bagi balance lah warna pakaian yang ada dalam wardrobe aku sekarang.  

Haha tah pape je resolution aku. Kan? 

Then, kitaorang pergi pulak dinner kat Kampung Baru- my favourite place for eating out. Dah lama tak datang sini. Restaurant favorite mestilah HR Steak House tapi semalam tak rasa nak makan western food tak delah pergi situ. Masuk je mane-mane kedai masakan melayu. Semua sedap. Aku makan tomyam panas. Yumm yumm marvelous :-) 

Lepas makan terus balik. Entah kenapa aku rasa nak balik padahal awal lagi.

Balik umah aku duduk sembang-sembang ngan member. Bukan sembang kosong tapi pasal asssignment dan hal-hal belajar. Sem 6 ni serabut dan sibuk. To all my juniors, (in case you read this!) Please don't think that sem 6 are enjoyable, less paper for exam and only dreaming about being a staff nurse soon when you see me always update with the blog. Sila jangan tertipu. Assignment sangat banyak. Dah hantar banyak pun still banyak lagi nak buat. Memang banyak.

Eh, bape kali banyak la kau nak sebut. Haha sorry.

Then, bff (not bf ok!) aku msj tanya ada mana. Jawablah dok dalam umah ni. Siang tadi dia ada inform kata nak balik Taiping dari Pahang. Aku orait je lah. Sekali dia cakap nak jumpa aku dan dia ada kat Cheras. What?? Cheras?? Eh, ko biar betul. Boleh si Naim ni kata dia dah ada kat simpang nak masuk jalan umah aku. Aku keluar ke balkoni tengok " Eh eh. Dah sampai depan umah. Oh my god! What a surprise! Dah la lama tak jumpa. Last tahun lepas kot. Lama kan??

Aku terus siap. Baju keluar tadi pun aku tak tukar lagi so terus je pakai shawl. Senang dan cepat.

Naim dan abang dia, Nazirul. Sebelum ni dah beberapa kali keluar ngan abang dia so takdelah nak segan-segan ataupun nak malu-malu kucing. Tak lama lagi abang dia nak daftar Uitm Machang untuk sambung degree. Tahniah la bro! Belajar rajin-rajin.


Sakan kami bersembang kencang. Almaklumlah lama tak jumpa. Nak-nak pulak aku baru habis exam pagi tadi. Double senang hati. Haha.

Aku bawak diaorang datang downtown. Walaupun kitaorang semua orang Taiping tapi tak sangka ni kali ke 2 aku bawak Naim datang downtown Cheras. Diaorang dua orang memang kuat berjalan. Kejap-kejap ada kat KL, kat Melaka dan kat Pahang. Ari tu Kelantan. No wonder lah berkali-kali datang.

Alah orang banyak duit kan sebut je nak pergi mana terus sampai ^_~


Pilih-pilih steamboat sebatang seringgit. Gambar tak bape nak elok sebab pakai hp je :-(

Sambil makan sambil sembang bergelak ketawa ^__^ Yang gambar first tu muka aku tengah tahan gelak sebenarnya. Aduh, lawak kan muka aku. 

Ehem, korang berdua. As promise aku letak gambar muka korang yang elok je. Yang tak elok aku simpan ketat-ketat ^__* 



Ok dah sampai depan umah aku. Diaorang ni nak terus balik Taiping. Haish, dah la dua-dua orang penat. Ada ke patut ajak aku balik sekali. Hello, esok gwa ada kelas la brader. Mana boleh ponteng.

Thanks for coming guys. Naim said "Always love my BFF.." Sob sob sob touching gwa (;_;)

Its been such a long day. Walaupun penat tapi aku seronok ^_^

Last but not least, Happy birthday kepada sesiapa yang lahir 29 Feb 2012! 4 tahun sekali tu. Sure happy sangat-sangat  sampai melompat-lompat time birthday. Lama kan nak tunggu. Aku yang tiap-tiap tahun pun rasa lama ini kan pulak 4 tahun. Fuhh..

And. Hmmm hmm tak sabar nak tunggu esok Nak tunang kan *awww perasan* Sape-sape tak paham sila refer sini. Haha.

Till then. Got to go. For the time being i'm busy like a bee :-(

Have a nice day peeps!


4 comments:

  1. i ske kek batik..dulu selalu buat..hehe i folo u k..:P

    ReplyDelete
  2. Hai..thanks! kek batik ni senang n sedap..bila2 je boleh buat..

    ReplyDelete
  3. perghhh.. cik yah model tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. arghh model lah sngt..aku kena turun berat 10kg baru leh model ^^ huhu

      Delete