28 Feb 2012

Diary Of The Day : Exam, Cake, Sunway Pyramid and BFF Surprise


Assalamualaikum..

Ape kabar semua? Alhamdullilah hari ni aku sihat sebab dok jalan pergi merata-rata. Yay suka jalan-jalan ni. Hehe. Semalam sebelum tido aku tengok lah muka kat cermin. Well, habit setiap hari. Muka aku merah gila. Sebab banyak main panas. Patut lah aku sakit kepala. Sakan aku cari cool fever sana sini tak jumpa-jumpa. Seingat aku ada extra satu lagi. Nak mintak kat room mate dia dah tido. Argh, letak lah minyak cap kapak. Risau gak kan sebab ari ni exam. Kalau tak exam tak pe. Alhamdullilah bangun pagi  tadi kepala rasa ringan. Dan exam jugak not so bad. Boleh lah jawab. Yes!! lega. Kurang sikit beban. Pas jawab exam pi hantar assignment. Sem 6 ni banyak assignment. Tak berhenti-henti.

Dalam pukul 12 tengah hari aku sampai umah. Dah janji ngan housemate semua nak buat kek batik. Tak sempat cabut tudung terus pi dapur start hancurkan biskut marie. Setengah jam pastu siap kek batik terus letak dalam fridge. Tunggu masa ja nak makan. Kek ni kalau simpan di dalam fridge lama-lama lagi sedap.  Biar cepat keras dan mudah di potong nanti.



Pukul 3 petang aku keluar pulak. Dah janji ngan member. Nasib member ada kete. Senang lah sikit. Kalau nak naik public transport pi Sunway Pyramid tu mau pengsan aku dalam bas Rapid (over!) haha. Yelah nak naik komuter pastu nak tukar naik bas Rapid pulak. Huh. Banyak keje.
senyumlah sikit :-)
Aku tengok movie cite Ghost Rider: Spirit of Vengeance. It is the sequel to the 2007 film Ghost Rider. We watch at the IMAX theatre hall with a so wide screen that make you feel like you are in the movie! A part of that movie. Haha. I was really enjoyed yet so focus throughout the film. Thumbs up! Err, ticket price a bit expensive RM 16.

Apekah perasaan saya pada waktu itu? Cuba teka. Sape betul dapat gula-gula seringgit.

Sedih dan kecewa iskk iskk sebab aku tengah tengok kedai L'Occitane ni sambil tangan aku dok sapu-sapu hand lotion tester yang ada situ. Lotion tu best sangat - wangi, lembut dan lembab. Tapi sayang harganya RM100! Bukannya banyak mana pun. Kalau aku pakai dalam 3 minggu sure abeh. Tak berbaloi.

Ehem, simple yet feminine outfit of the day ^_^ Kuning sunshine. Hehe.

Kalau korang nak tahu antara resolution 2012 ni aku nak pakai dan nak beli banyak baju kuning. Sebab aku kurang pakaian warna kuning. Adalah beberapa helai. Konon-konon nak bagi balance lah warna pakaian yang ada dalam wardrobe aku sekarang.  

Haha tah pape je resolution aku. Kan? 

Then, kitaorang pergi pulak dinner kat Kampung Baru- my favourite place for eating out. Dah lama tak datang sini. Restaurant favorite mestilah HR Steak House tapi semalam tak rasa nak makan western food tak delah pergi situ. Masuk je mane-mane kedai masakan melayu. Semua sedap. Aku makan tomyam panas. Yumm yumm marvelous :-) 

Lepas makan terus balik. Entah kenapa aku rasa nak balik padahal awal lagi.

Balik umah aku duduk sembang-sembang ngan member. Bukan sembang kosong tapi pasal asssignment dan hal-hal belajar. Sem 6 ni serabut dan sibuk. To all my juniors, (in case you read this!) Please don't think that sem 6 are enjoyable, less paper for exam and only dreaming about being a staff nurse soon when you see me always update with the blog. Sila jangan tertipu. Assignment sangat banyak. Dah hantar banyak pun still banyak lagi nak buat. Memang banyak.

Eh, bape kali banyak la kau nak sebut. Haha sorry.

Then, bff (not bf ok!) aku msj tanya ada mana. Jawablah dok dalam umah ni. Siang tadi dia ada inform kata nak balik Taiping dari Pahang. Aku orait je lah. Sekali dia cakap nak jumpa aku dan dia ada kat Cheras. What?? Cheras?? Eh, ko biar betul. Boleh si Naim ni kata dia dah ada kat simpang nak masuk jalan umah aku. Aku keluar ke balkoni tengok " Eh eh. Dah sampai depan umah. Oh my god! What a surprise! Dah la lama tak jumpa. Last tahun lepas kot. Lama kan??

Aku terus siap. Baju keluar tadi pun aku tak tukar lagi so terus je pakai shawl. Senang dan cepat.

Naim dan abang dia, Nazirul. Sebelum ni dah beberapa kali keluar ngan abang dia so takdelah nak segan-segan ataupun nak malu-malu kucing. Tak lama lagi abang dia nak daftar Uitm Machang untuk sambung degree. Tahniah la bro! Belajar rajin-rajin.


Sakan kami bersembang kencang. Almaklumlah lama tak jumpa. Nak-nak pulak aku baru habis exam pagi tadi. Double senang hati. Haha.

Aku bawak diaorang datang downtown. Walaupun kitaorang semua orang Taiping tapi tak sangka ni kali ke 2 aku bawak Naim datang downtown Cheras. Diaorang dua orang memang kuat berjalan. Kejap-kejap ada kat KL, kat Melaka dan kat Pahang. Ari tu Kelantan. No wonder lah berkali-kali datang.

Alah orang banyak duit kan sebut je nak pergi mana terus sampai ^_~


Pilih-pilih steamboat sebatang seringgit. Gambar tak bape nak elok sebab pakai hp je :-(

Sambil makan sambil sembang bergelak ketawa ^__^ Yang gambar first tu muka aku tengah tahan gelak sebenarnya. Aduh, lawak kan muka aku. 

Ehem, korang berdua. As promise aku letak gambar muka korang yang elok je. Yang tak elok aku simpan ketat-ketat ^__* 



Ok dah sampai depan umah aku. Diaorang ni nak terus balik Taiping. Haish, dah la dua-dua orang penat. Ada ke patut ajak aku balik sekali. Hello, esok gwa ada kelas la brader. Mana boleh ponteng.

Thanks for coming guys. Naim said "Always love my BFF.." Sob sob sob touching gwa (;_;)

Its been such a long day. Walaupun penat tapi aku seronok ^_^

Last but not least, Happy birthday kepada sesiapa yang lahir 29 Feb 2012! 4 tahun sekali tu. Sure happy sangat-sangat  sampai melompat-lompat time birthday. Lama kan nak tunggu. Aku yang tiap-tiap tahun pun rasa lama ini kan pulak 4 tahun. Fuhh..

And. Hmmm hmm tak sabar nak tunggu esok Nak tunang kan *awww perasan* Sape-sape tak paham sila refer sini. Haha.

Till then. Got to go. For the time being i'm busy like a bee :-(

Have a nice day peeps!


27 Feb 2012

Jalan Petang-petang


Assalamualaikum..

Just some random post.

Petang tadi kitaorang berempat keluar makan- Me, Nabila, Nadiah, Syu. Member-member biasa keluar sama. Mula-mula nak makan kat Hailam Kopitiam Taman Connought ni tapi sayang ada menu tak halal serve situ. Tak jadi nak makan. Keluar balik lah dari situ. Padahal dah port baik dah dalam kedai. Malu gak rasa -__-'

Then, diaorang ni ajak pi makan kat Sungai Besi. Pergi je lah. Tak jauh mana pun. Sini banyak sikit kedai melayu. Semua halal. Senang.

Some random pics capture here. Layan je lah..


tu makan kat kedai depan. Overall biasa je.



Pelik kan nasi goreng thai mcm ni? Macam nasi goreng kunyit je. Dah la tak pedas.

Lepas makan pergi solat maghrib masjid situ. Then, balik.

Esok exam. Midsem.. Wish me luck :-) Haish, pening kepala la..banyak main panas.

source

Good night. Hope we will meet in dreams.

24 Feb 2012

Just For Fun


Assalamualaikum..

Aku ni tengah cari idea nak create ayat untuk assignment aku. Sekali my beloved beautiful senior, Cik Sofea give me idea about this. Thanks! 

Korang kena baca printscreen ni baru paham. Haha..








Ada lagi komen tapi cukuplah setakat ni. Tak larat nak printscreen banyak-banyak. Hehe.

Kalau ikutkan kat kawan aku, Naim lagi lah ganas. Suruh aku buat RVSP jemput semua orang. Dalam FB aku ni ada macam-macam peringkat umur. Takkan lah aku nak wat merapu ngan makcik-makcik pulak. Adoi, kes naya tu. Haha. Malas lah aku. Macam ni dah cukup.

Kepada semua yang komen terima kasih banyak. U make my day. Love you all ^_^ Hehe.. Tapi ada ke tarikh 30 Februari 2012??? *buat muka konpius*

Lol ! (^o^) *tepuk dahi*
Gambar mintak pelempang ni aku snap kat library time group discussion. Gambar yang sama, hari yg sama, masa yg sama. Bezanya pic ke2 tu pakai kardigan sebab sejuk tak tahan. Lunch aku makan roti je. Sob sob sob. 


So just laugh. Don't take it seriously. Got to go. Assignment assignment..

Peace No War.. XOXO

P/S : 20 jam lepas post status tu aku check balik tengok-tengok ada 60 comment dengan 42 likes :) still ramai lagi dok ucap tahniah. Sayang semua <3

23 Feb 2012

SEGMEN: Jom Blogwalking + Follow



Assalaumualaikum wbt..

Salam jumaat untuk semua :-)


I've join this segment! created by Sandra. Untuk blogger baru macam aku ni sangat lah sesuai. Hopefully boleh upgrade sikit blog yang tak seberapa ni bila dah kenal ramai kawan-kawan blogger.

Marilah semua join memeriahkan lagi segmen ni :-)

Terjumpa Kawan Lama


Assalamualaikum..

Tengah hari tadi macam biasa aku keluar ngan mak dan adik aku Tiqah. Pergi Maybank bayar duit kete, pergi kedai gambar then nak pergi JPJ pulak buat lesen adik aku. Dia baru pass test kete semalam. Bila dah selesai urusan, aku malas nak balik umah lagi so mak aku drop je lah aku kat Taiping tu. Diaorang balik dulu. Cadangnya nak pergi Popular pastu nak pergi cc jap. Malas nak online kat umah sebab internet ni kadang-kadang meragam. 

Then, tengah aku jalan kaki nak pi CIMB ternampak lah kawan lama ni dok bagus gebang ngan kawan dia. Diaorang baru habis makan. Ni ha si Izati Abu Bakar. Kawan SMKA dulu. Lama tak jumpa. Aku pun stop situ bertegur sapa ngan dia. 

Ni lah orangnya. Muka still sama. Sekali tengok je dah cam.


Dalam banyak-banyak soklan, soklan kapel ngan sapa jugak dia nak tanya dulu. Eh, sabar je lah aku. Mana ada kapel orang single mingle ni. Bila aku nak sebut dia kapel ngan sapa dia marah pulak aku..Haha. Dia dulu dengar cite kapel ngan budak SMKA jugak. Siapakah itu? Angkat tangan. Haha. Malu lah tu. Rilex rilex..

Then, Izati ni mintak diri nak pergi dulu sebab dah nak masuk keje. Dia keje farmasi Metro kat Taiping. Hangpa nanti kalau sakit pi beli ubat kat farmasi dia. huhu. *Ti, terima kasih kat aku tolong promote farmasi hang. haha* Kitaorang pun tukar no telefon, salam lebih kurang dan dia pun blah. Waktu tu dalam hati aku terdetik jugak nak tnya " Ti hang dah bayar makan belum? Kang tak pasal-pasal naya cek kena bayar." Tapi tak terkeluar pulak dari mulut aku. Aku dok kat kedai tu kejap sebab nak bungkus air. Then aku pun blah pi Popular and then pi cc.

Waktu aku kat cc ada lah sorang budak kecik ni dok datang dekat aku. Tengok aku lama-lama. Pelik jugak kan. Bila tanya mak mana dia cakap mak ada kat kedai sebelah. Kedai sebelah tu jual tudung. Mak dia tauke kedai tu la. Budak ni comel pastu banyak cakap. Aku yang suka budak-budak ni pun layan lah dia. Rindu nak main ngan budak-budak :-( adik-adik semua dah besar. Paling kecik pun Form 3. Sama tinggi dah ngan aku -_-' Tak best langsung nak buat main.


"Kakak, nama saya Anis" hehe. Kecik-kecik dah pakai cincin. Saja gedik ambik gambar sama. Kepala aku senget pelik. huhu. 


This one much better :-) Eh dik, mane cekak rambut kau?

Dalam 2 jam lepas tu, aku mesej si Izati ni nak suruh dia hantar aku balik. Walaupun rumah jalan lain-lain tapi apa salahnya kan. Bila lagi nak borak ngan member lama. Tapi hampeh. Tak reply mesej aku. Padahal tadi dia dok pesan jangan lupa mesej and calling-calling, kot-kot boleh kuar sama. Nak kena ni. *dush* So aku called adik laki aku suh dia mai ambik. 10 minit lepas tu adik aku pun muncul dengan myvi penyek aku. 

Bila aku dok rilex kat umah handphone berbunyi. Izati calling. Sory sangat tak sempat reply katanya. Ok tak pe. Sekali dia kata "Weyh tadi sebenarnya aku terlupa nak bayar makan. Aku blah macam tu je. Semua sebab sembang ngan hang lah. Mak cik tu ada suh hang bayar tak? " 

Mak ai dia ni makan pun lupa bayar. Salah ke aku pulak tu. *Dush lagi sekali* Hang bukan takat muka je tak berubah tapi perangai pun tak berubah -_-' Ape lah. Nasib lah mak cik tu tak charge lebih kat aku. Haha. Takpe takpe esok pi bayar. 

Izati Izati. Lawak la hang ni.

P/S : 25hb ni birthday Izati. Happy birthday kawan. Sweet 22. Anggaplah entry aku ni hadiah hari jadi hang. Love u :)

22 Feb 2012

Wordless Wednesday : Types Of People On Facebook

I keep smiling from the start till the end of the line..hehehe.. Such a good observation..


Source

20 Feb 2012

Bercerita Tentang Makanan


Assalamualaikum..

Hari ni 20/02/12..Tarikh yang cantik. Tarikh esok lagi cantik. So how was your day peoples? Ada ape-ape perbezaan ke bila tarikh cantik tak cantik? Hmm *thinking*. Aku hari ni tak duduk umah sangat. Bangun je pagi-pagi terus keluar ngan mak aku pi tempah uniform staff nurse. Fuhhh, tak lama lagi keje la aku. Nak kena ambik gambar secepat mungkin pakai uniform. Dah setel bab uniform pi pulak Popular sebab nak habiskan baucer buku. Aku just guna RM50 je tadi. Still ada balance RM100. Takpe banyak masa lagi kan. Then ambik adik aku balik sekolah. Pastu petang dalam pukul 2 teman opah aku pergi klinik. Saja lah nak teman. Selama ni pergi klinik untuk posting. Tak pernah lagi datang sebagai orang biasa. Klinik opah aku tu agak jauh sikit kat area Kuala Sepetang. Opah aku suka mari sini sebab orang tak ramai. Cepat sikit lah urusannya. Sapa-sapa tak tau Kuala Sepetang ni famous dengan mee udang. Alang-alang dah datang aku ajak lah opah aku ngan bapak sedara sekali pergi makan kat mee udang Mak Jah. Mee udang Mak Jah ni biasa dok masuk paper. Sekarang bisnes dia maju so dia up sikit bukak cawangan 1 kat KL - area Wangsa Maju. Warga kota boleh lah pi try pasni. Tak perlu lah nak mai sampai Kuala Sepetang.

Mee udang semangkuk RM7. Ada banyak lagi udang di sebalik mee. Macam peribahasa pulak :) haha

Huh, punya panjang introduction. Actually ari ni aku nak bercerita pasal makanan. Gara-gara makan mee udang tadi. Haha. So guys what are your food preferences? Healthy, fresh food? Vegan, raw and gluten free food that's 100% organic? ALB - anything but local? or the cheapest ever you can afford?

Another boring pic of mine. Taken today  :)
If for me, i'm not picky or fussy about food. I just can eat everything and anything. Haha. Easy, right? But i do have some favourites.

Kalau makanan berkuah aku suka koeyteow sup. Suka sangat sejak dari form 4. Ni semua sebab terpengaruh ngan kawan baik aku Teh Faezah atau pun nickname dia Jay. Kat Taiping ni ada lah satu tempat dia punya sup punya lah sedap. Dulu aku, Jay dan kawan lagi sorang nama Hana pernah lah tersesat masuk form 6 kat sekolah St. George selama seminggu. St. George ni sekolah laki. Hanya form 6 je campur laki perempuan. Kitaorang malas nak makan kat sekolah sebab kantin dia sesak sangat. So bila balik sekolah baru kitaorang makan. Makan koeyteow sup la setiap hari. Koeyteow sup ayam campur perut. Perghh heavenly delicious! Menjilat mangkuk gwa cakap lu. Mak aku sendiri pun suka buat koey teow sup kat umah. Dan setiap kali nak buat sup mesti muka aku terpilih untuk cuci dan potong ayam.

Selain tu, aku suka tomyam. Again koey teow tomyam. Haha. Tomyam terbaik takat ni aku makan kat Hatyai. Pedas dan sedap sampai terangkat. Dekat-dekat umah aku ada 1 kedai makan murah dan tomyam yang sangat kaw sama naik ngan kat Hatyai. Aku malam-malam rajin suruh adik aku pergi beli. Hehe.

Then, aku jugak suka makan ayam belanda. Sebab tu lah badan bulat. Haha. KFC kan ayam so aku suka. Kawan-kawan aku suka cakap aku kalau makan ayam memang selera. Daging aku tak bape suka. Makan kadang-kadang je. Selalu aku makan ayam selang seli dengan ikan. Tak boleh lah makan ayam tiap hari. Ikan pulak favourite adalah ikan paus keli . Marvelous ^_^ Seafood aku makan tapi tak bernafsu sangat. Gitu-gitu je.

Aku tak suka makan kerepek dan keropok. Segala bagai jajan semua aku tak minat. Kalau letak depan aku memang benda tu takkan luak. Sekadar rasa boleh la. Nak makan lebih-lebih memang tak.

Aku bukanlah jenis yang makan sangat memilih. Tak sedap sikit tinggal. Tak tak aku bukan macam tu. Aku susah nak cakap kalau makanan tu tak sedap. Kalau tak sedap aku diam je dan still makan sampai habis. Aku jugak tak suka orang membazir makanan. Sakit je mata aku kalau tiap kali makan ko tak habis. Sekali sekala takpe la. Orang kat Somalia sana semua malnutrition berebut-rebut nak makan yang ko kat sini mewah sangat sampai tak sedap sikit buang. Ish janganlah buat perangai macam tu. Tak baik membazir. Dulu kecik-kecik aku selalu dengar orang cakap "tak baik makan tak habis nanti nasi menangis."  :-)

Hmm cukup lah dulu setakat ni. Kita berjumpa lagi di waktu dan masa yang sama esok hari. Do check it out peoples! *sambil kenyit mata buat muka comel.haha*

As a conclusion, i am not a picky eater as i eat almost anything and everything :-)

How about you?

19 Feb 2012

Jual Kereta : Cash and Carry


Assalamualaikum..

Petang tadi aku kuar ngan parent pi Giant beli barang sikit. Sekali bapak sedara aku call suruh balik cepat sebab ada orang nak jumpa abah aku. Orang tu datang nak tengok kete. Baru lah aku tau abah aku nak jual kereta Proton Saga dia. Takda angin takda ribut tetiba nak jual. Pelik jugak aku. 

Ish, aku baru bajet nak pi pasar malam pasni. Spoil betul.

Hehe. Snap sebelum masuk Giant.
Abah aku jual kete ni sebab dah lama takda orang drive. Dok tersimpan macam kat dalam muzium. Mama aku drive kete dia je. Dulu abah aku bagi adik laki aku, Nabil pakai kete ni. Kete ni jadi macam teksi dia sebab dia suka dok angkut member ramai-ramai pi berjalan sana sini. Banyak kali jugak dia bawak kete ni pergi Penang. Abah aku tak kisah pun. Sekarang dia tinggal bawak Myvi pulak. *berangan bila la nak bawak myvi mai KL.haha* Si Nabil ni pun tak lama lagi nak jual motor RXZ dia. Nak ambik kete jugak. Tu la dulu aku cakap tak nak dengar. Gatal sangat nak RXZ. Padahal motor dia saja ada 2 bijik.

Ambik gambar kenang-kenangan..
Kalau ikutkan abah ngan mama aku sayang nak jual kete ni sebab banyak memori. Abah aku memang bukan jenis kalau dapat barang baru terus nak jual yang lama. Dia memang sangat menghargai sesuatu benda. Then, terkenang lah pulak zaman dulu-dulu yang susah. Hidup tak macam sekarang. Syukur Alhamdullilah rezeki Allah bagi. Kete ni banyak membantu, banyak berjasa bukan kat family aku je tapi kat sedara-mara keliling jugak. Kadang-kadang ada hal diaorang pinjam kejap.

Luar nampak macam tak menarik je tapi enjin tip top, aircond kuat. Abah aku memang jaga betul. Mula-mula ingat nak jual kat orang-orang dekat je sebab senang bila-bila dia boleh tengok. Tapi sekali orang yang datang nak beli tu orang Pahang. Pahang dekat Endau. Punyalah jauh mai. Rupa-rupanya mak mertua orang tu tinggal sini. Patut lah pun. Sedara dia kawan abah aku.

Abah aku jual murah je. Harga kawan-kawan katanya. *Eh, bila pulak depa kawan?* Dua bulan elaun den lebih kurang. Murah kan? Tiqah adik aku dok buat lawak kata kete sama harga ngan handphone dia. Haha :D Senang cite jual murah tak banyak urusan. Orang tu bayar cash terus bawak balik. Campur ngan test drive tak sampai dua jam kete pun bertukar tuan.

Abah aku kata " Semoga kereta ni membawa kebaikan kepada tuan baru dia macam dia bawak kebaikan kepada kita dulu."

InsyaAllah..

School Visit


Assalamualaikum..

Kalau korang dah baca previous entry mesti korang tau sepanjang minggu lepas aku pergi posting kat KK Salak. Hari rabu kitaorang pergi school visit ngan Pasukan Kesihatan Sekolah (PKS) Sepang. Sekolah yang kitaorang pergi tu agak jauh dalam 4Okm - SMK Taman Putra Perdana kat Puchong. Sebelum ni aku pernah pergi SK Putra Perdana. Kali ni SMK pulak.  Lagi jauh sekolah lagi aku suka. Boleh ronda-ronda. hehe.. 


At first bila kitaorang sampai pergi dengar ceramah dulu. Given by a doctor about HIV to all form 3 students.



Tujuan kitaorang pergi sekolah tu untuk bagi injection kat budak-budak form 3 - injection ATT/tetanus toxoid/kancing gigi. Selain tu ada lah buat physical exam sikit. Kalau yang mana ada kutu, ada panau kitaorang bagilah ubat. Student form 3 sini ramai. Ada dalam 12 kelas tak silap. 1 kelas ada 40 orang. PKS kena datang sini 4 hari baru abeh inject semua budak. 


Ada 2 benda je aku kureng sikit waktu kat sini. Baru form 3 tapi selambe je datang sekolah ada merah-merah kat tengkuk. Aku siap gi interview lagi budak tu. Dia kata kawan cubit. Sekali kawan-kawan dia ramai-ramai cakap " Bukan nurse. Girlfriend dia gigit." Ohmaigod. Ni lah dunia sekarang :-( 
Benda ke 2 yang aku kureng pasal kasut budak-budak ni sama je macam kasut aku -__-' nak buat macam mana dah KKM bagi kasut sekolah putih. Pakai je lah. 

Bila datang sini serius teringat zaman sekolah dulu. Rindu kenangan dan kawan-kawan lama..



Gambar ni aku ambik time dah balik dari sekolah tu. Kesian kawan-kawan aku kelaparan. Punya lah serius makan. hehe. Muka ketat dan penat sebab CI yang suka membebel.

Ok bye :-)

18 Feb 2012

Posting Kat Klinik


Assalamualaikum..

How was your life people? Lately aku agak sibuk menguruskan hal-hal pelajaran. Jumpa lecturer and pergi group discussion. Banyak assignment nak kena buat. Yang jadi makin banyak tu sebab aku ni dok tertangguh-tangguh tak buat-buat :P  Tapi takpe sekarang ni semuanya in progress.

Minggu ni aku pergi posting kat klinik - KK Salak kat Sepang. Dari Cheras nak pergi Sepang ambik masa dalam 50 minit jugak baru sampai. Jauh jauh. Kalau compare klinik ngan hospital aku suka hospital lagi sebab lebih aktif bergerak sana sini, buat keje itu ini. Tapi apa-apa pun aku still seronok sebab tak payah pergi kelas.*Happy* Terasa hidup aku ni lebih bermakna bila pergi posting. Haha. Sem 6 ni aku tersangatlah takde mood nak pergi kelas. Extremely bosan! Sem sebelum ni ok je. Best belajar. Tapi kali ni subjek semua boleh buat mengantuk ( z.z) Aku tak la tido time kelas sebab ada earphone di telinga d(^_^)b


Ok kembali ke klinik. Ni kali ke-3 dan terakhir aku datang klinik ni. Lepas ni tak de dah. To be specific kat sini kitaorang belajar pasal ibu dan anak - nak cek pregnant, follow up pregnant, perancangan keluarga, immunization untuk baby and kids and etc. Ramai pregnant mother yang datang sini lagi muda atau pun sebaya je ngan aku. Aku ni tak nampak lagi masa depan nak berlaki ngan sape korang dah pregnant. Haish.

Untuk pengetahuan korang lah, aku pernah keje kat dua klinik kesihatan. 1 kat Sepang ni 1 lagi kat Taiping. Klinik sebijik macam ni. Cuma bidang keje aku tu amat kontra. Kat KK Taiping aku tak buat keje-keje nursing ni sebab aku keje kat kafe. Mak cik aku and her partner dapat tender kat kafe situ. Dia mintak tolong aku jadi cashier bidan terjun sebab time tu kekurangan pekerja. Aku kebetulan pulak tengah cuti so pergilah tolong. Bukan tolong saja lah dapat gaji jugak. Mula-mula jadi cashier tak lama lepas tu jadi macam runner pulak. Keje start dari depan sampai dapur semua aku belajar buat. Mana yang tak tau terus jadi reti. Time keje kat sini aku punyalah baik ngan Sister- Sister ni panggilan untuk ketua jururawat ye. Kalau kat hospital Sister semua serius gila ngan kita sebab kita student kan. Ni aku keje kafe mana ada pakai uniform so Sister tu layan aku macam biasa. Tu yang boleh mesra. Siap pelawa lagi aku mai jadi staff nurse kat situ kalau dah abeh belajar. Hehehe.


Gambar-gambar ni aku snap time lunch hour. Sebab tu nampak kosong, tak de orang. Hakikatnya klinik ni sesak setiap hari.

Sepanjang aku kat sini adalah a few interesting experiences happen. Salah satu daripadanya dulu waktu aku sem 3 ada lah sorang amoi tu mintak kat nurse folic acid sebab dia nak start pregnant balik untuk second baby. Dia dah stop makan pil perancang dah. Then, bila aku datang balik sini awal sem 5 sekali tengok amoi tadi datang pakai stoking, jalan slow-slow dan tengah dukung baby. Terkejut aku. Eh, beranak dah dia. Rasa macam baru lagi jumpa. Ni terjumpa lagi. Dia ngan baby datang untuk check up. Then, kali ni sem 6 aku datang terjumpa lagi ngan dia. Memang aku cam sangat lah muka amoi ni. Baby boy dia dah umur 6 bulan. Kulit putih gebu pastu chubby sangat.. Eii geram je aku tengok. Rasa nak cubit-cubit sebab comel sangat. Amoi ni lah satu-satunya patient yang aku terjumpa berkali-kali. Padahal aku datang sini kejap-kejap je. What a coincident.

My groupmate, Farah . 
Bila bercakap pasal folic acid (vit B9) aku nak bagi health education sikit lah kat korang. Berguna untuk masa depan. Folic acid should be taken before and during early pregnancy to reduce the risk that baby will be born with a serious neural tube defect. Penyakit ni memang serius sebab boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. So setiap hari wajib ambik. Akak JM (jururawat masyarakat) situ cakap kat aku dia 3 bulan sebelum kawin siap-siap dah makan folic acid. Senang kata ambik siap-siap. Haha. Kawin-kawin terus je pregnant : P Folic acid dah makan Insyaallah baby sihat. Bagus tips akak ni. Nanti aku nak buat la..hahaha. Korang baik take note benda ni. Nanti sampai masanya boleh lah praktik :-) Aku dah pesan siap kat cousin aku yang nak kawin tak lama lagi. Tak tau lah dia makan tak. 


Another groupmate, Fieqa was busy preparing injection for 1 month baby
Selain dari dok kat klinik kitaorang ada lah pergi school visit and homes visit. Suka cek sebab boleh berjalan-jalan. Pasal school visit tu nanti aku cite lain. Kalau home visit pulak kita kena pergi umah orang. Orang yang pregnant ataupun dalam pantang. Cek mak dan cek baby. Ada la dalam 3 buah umah pegi. Yang paling tak tahan kitaorang ada pergi umah indon. Umah tu bukan buat betul-betul pun. Macam umah sementara yang orang buat lebih kurang je asalkan tak kena hujan panas. Ramai duduk situ. Campur-campur pasangan. First time aku masuk. *jakun sekejap*


Hmm, overall posting sini ok. Staff semua baik dan mesra. Diaorang pun dah kenal kitaorang. Yang kurang sikit kitaorang punya CI (clinical instructor). CI ni dah pencen pun tapi sihat lagi. Dia punya suara 1 klinik dengar. Memang kuat ya amat. Suara dia yang kuat tu attract parent yang tengah tunggu untuk injection kat luar bilik terhendap-hendap kat dalam. Yelah, mestilah diaorang curious nak tau apahal yang kecoh sangat tu. Buat malu orang je tapi harus buat muka rilex macam takde pe jadi. *chill lah* CI ni jenis benda remeh-temeh pun dia nak kecoh. Kalau ko buat salah lagi lah kena. Memang kaw. Aku sebab dah tau perangai dia jadi masuk telinga kiri kuar telinga kanan. Ada la jugak kawan aku macam sentap sikit ngan dia tapi cepat-cepat aku suruh dia cool. Tak payah nak ambik ati lah. Dia marah kejap je. Nanti senyum balik. Satgi marah balik, tengking sana sini pastu senyum balik and the list goes on selama seminggu. 


How about your week? It is good? 


Argh, ngantuk sudah. Pagi tadi aku kat Cheras dok dalam kelas. Sekarang ni update blog kat Taiping. Kepenatan.


Till then. Good night. 

15 Feb 2012

Wordless Wednesday : Bila Lelaki Jealous


Assalamualaikum..




Hahaha *gelak guling-guling* Kelakar dan comel. Kan? Takde harapan la nak jadi adik ipar dia :DS

Source

14 Feb 2012

Tips : Avoid Morning Rush


Assalamualaikum..

Hello human! Another simple tips from me for you guys. Sharing indeed caring. So lets spread the love people <3

Jangan jadikan waktu pagi waktu yang menyesakkan kepala. Here, are 7 easy ways to give the start of your days. A well, fresh start.

1.       Bangunlah dengan tenang dan bukannya terkejut. Bangun secara tiba-tiba mampu membuatkan kita pening kepala. Betul tak? Bila pening kan dah spoil mood. Sebaiknya set alarm menggunakan ringtone lagu. Jangan guna bunyi ‘kriiiiinggg’ yang nyaring. Cara ni membantu anda bangun dengan relaks. Ada jugak setengah orang suka set alarm pakai lagu ganas-ganas macam lagu Nirvana. Diaorang kata kalau pakai lagu macam ni senang bangun banding pakai lagu yg slow. Aku tak suka. Ikut korang lah nak lagu ape pun janji korang bangun tak terkejut.
2.       Sesibuk mana pun waktu pagi jangan lupa sarapan. Sarapan ni kalau untuk aku minum air je. Milo or nescafe panas selalunya. Kalau aku tak minum nanti aku mesti cepat rasa lapar. Tak bertenaga. Nanti baru je pukul 9am dah start gelisah, lapar, tak sabar nak makan. Nak tunggu rehat lambat lagi. Tak bagus macam ni.
3.       Sediakan baju yang ingin di pakai sebelum anda masuk tidur. Sebaiknya iron lah siap-siap. Kalau esok pagi baru nak pilih baju, nak pilih shawl dah 1 hal. Kalau terlambat bangun dah susah. Nanti mula la rasa tak da mood bila mix and match waktu rushing ni macam tak kena je. Lets make morning dressing becomes hassle free.
4.       Macam mana lewat pun anda jangan tak mandi dan jangan lupa berus gigi! Benda ni mungkin sound funny tapi ramai je orang buat. Haha. Aku tak pernah. korang tak tau lah kan :-) Mandi menyegarkan tubuh dan melancarkan aliran darah. Berus gigi barulah bernafas segar.
5.       Sentiasa letak kunci rumah/kunci kereta di tempat yang senang nampak. Macam kat tepi pintu. Kalau aku pulak aku akan make sure kunci umah letak siap-siap dalam beg. Nanti kalau tertinggal dah 1 hal pulak aku tak boleh masuk bilik. Pernah la beberapa kali terjadi. Harus tunggu room mate aku balik dulu. Yang best tu aku balik keje shift pagi sampai dalam pukul 3pm room mate aku shift petang balik pukul 10pm. Haa terbaik lah -__-
6.       Awal pagi bukan lah masa untuk bertengkar dengar sesiapa. Ia boleh merosakkan mood kita sepanjang hari. Kadang-kadang tu datang masalah yang membuatkan jiwa kacau. Dah penat pikir kita pun tidur. Walaupun dah tidur semalaman masalah tu belum tentu hilang. Wake up with disturb mind are really not cool. Untuk itu, hadiahkan lah senyuman kepada orang yang anda temui hari tu. Kalau tak senyum pun bermanis muka lah. Ia sedikit sebanyak mampu melegakan hati di samping merangsang pengeluaran hormon adrenalin  anda .
7.       Praktikkan diri untuk membuat senarai perkara yang perlu anda lakukan keesokkan hari. Jot it down. Jangan hanya sekadar ingat di kepala je. Sebab bila sampai hari esok kita mungkin terlupa. Kalau aku biasanya aku tulis notes dalam handphone. Bila-bila pegang handphone terus je nampak. Tak pun tulis kat dalam notes book yang setiap ari aku bawak. Tak delah terlupa.


Hmm, buat masa sekarang cukup dengan 7 tips dulu. Insyaallah dalam 5 tahun lagi aku akan update tips untuk avoid morning rush buat wanita (sekarang gadis :P) bekerjaya yang berkeluarga - yang ada suami ngan anak. Hehe. 


Err, maybe dah ada 2 anak kot. ^___^ Kihkihkih.. Nanti kan ya :-)


Read in the morning.


Have a nice day people. May this week be smooth for you. 


Till then. Bye. 


12 Feb 2012

2 Perkara Yang Annoying

Salam..


Situasi 1

Pukul 12.05 am

Di malam-malam yang sunyi ni tengah aku mood baik dok layan FB datang lah sorang manusia kuar kat chat aku. Aku panggil dia hacker je lah senang. Hacker ni perempuan ok. Junior sekolah aku. Mutual friend kitaorang ada 177.

Hacker : Hai baby.. (starting je dah buat aku pelik)
Aku : hai.
Hacker: dah mamam?
Aku: Dah..sory tapi ni sape erk?
Hacker: lor tak kenal ke. tak kenal tak pelah.
Aku: macamane nak kenal? nama letak bukan2.. pics ape pun takde..
Hacker: Just nak cakap. baik lah awak hide email awak tu. kalau tak nak jadi macam saya.
Aku: Jadi macamane?
Hacker: (dia pointed arrow kat DP. macam logo. kat situ ada tulis hacker)
Aku: Eiii ape ni? tak paham lah.
Hacker: Tak paham sudah. dah kena hack nanti baru paham. cuba klik link ni. (ada lah dia bagi aku satu link tapi aku tak klik pun. kang tak pasal-pasal je..)
Aku : (confius ^__~..apekah yang berlaku) awak sape?
Hacker: Pengodam..
Aku : @#$%^ !

Aku terus remove dia dari fb. Takut lah. Aku susah nak remove orang. Tapi sebelum dia hack aku baik lah aku take precaution. Bahaya betul. Nak kata aku pernah gado ngan dia tak pun. Tegur pun tak penah macamane nak gadoh, kan? Then aku hide email.

Since aku tak pernah experience benda macam ni terus aku tanya member yang tengah online chat. Membe aku tak tau. Dia pun tak pernah experience. Nasiblah adek aku yang kecik online. Laju-laju aku tanya. dia tau serba sedikit. Boleh lah nak explain kat aku. Dia suh aku tukar password fb - ok done. Walaupun dah tukar aku still risau.

Err, hide email korang sekarang.

Situasi 2


Amaran : cerita ni agak kebudak-budakan sedikit.

Kita panggil dia mamat je lah. Dia suka komen status aku dengan cara yang annoying. Selalu sangat. Menyirap je aku ngan dia ni.

Tak di nafikan kitaorang memang pernah jumpa dalam real world. Tu pun secara kebetulan je. Kawan aku, Naim bawak aku gi makan ngan kawan-kawan dia. Lepak ramai-ramai. Dalam ramai-ramai tu mamat ni ada sekali. Tapi aku tak sembang pun ngan dia. After a few month, dia add aku kat fb. Approve je lah. Naim ni tau lah dia add aku. Aku bagitau Naim ni sebab dia mutual friend kitaorang. Bukannya nak mintak permission ke ape. Dia sembang ngan aku bahasa saya awak. Aku ok je lah. Padahal kawan-kawan dia yang lain cakap aku ko je ngan aku. Ngan Naim pun aku ko.

  1. Dia selalu komen status aku buat aku malu. Cara komen macam dah kenal lama dari kecik-kecik dok main sesama :p Agak-agak lah weyh. Fb ni kan public. Semua orang baca. Gurauan pun ada batasnya. Aku tegur baik-baik. Dia buat lagi. Aku tegur lagi. Dia buat lagi. And the list goes on.
  2. Dia suka tag kat aku gambar yang mengarut-ngarut. Gambar Justin Bieber, The Rock, Rooney. Aku tak paham pun apa yang dia cuba sampaikan. Mungkin sebab otak aku slow kot. Dia bukan tag kat aku je. Ramai lagi dia tag. Kat naim pun kena jugak. Aku selalu tertanya-tanya ape motif ko ek? Tapi aku tak cakap pape. Aku diam je. 
  3. Selain tu dia jugak suka tag nama aku. Tak pahamlah. Contoh hari tu mamat ni tag a few nama perempuan kata terima kasih sebab sudi layan dia waktu bosan. Nak -nak pulak dia baru clash. Aku tak suka lah. Aku bukan la layan mende pun. Just bila dia komen aku reply. Tu je. Tak di nafikan komen dia banyak sangat. So aku reply kat dia, " Tak pe saya tak kisah. Saya layan awak sebab awak kawan Naim. Naim tu kawan baik saya." Aku saje buat ayat bunyi terpaksa. Then, pernah gak beberapa kali dia tag nama aku dalam komen yang tak berkaitan. Contohnya, dia komen kat status A. Tak de hujung pangkal dia tag nama aku situ. Apekah pelik. Aku diam lagi. Sabar.
  4. Ari tu tengah aku busy Google untuk assignment dia kuar kat chat fb. Fb aku on, assignment pun on. Two in one. haha. Dia tanya, " Dayah, awak tak nak letak in relationship ke?'. "In relationship?? buat pe nak letak? Saya kan single." Dengan hantu mana la aku nak buh in relationship. Pelik-pelik. " Tak pe awak bagi saya masa 10 minit. Nanti dah siap awak tengok lah". Aku malas nak layan so aku kata " Suka ati awak lah". Sambung balik buat assignment. Setengah jam lepas tu baru aku bukak balik fb. Mak ai, berani dia buat aku ni in relationship ngan dia? ohhhmaigood! lawak apekah ini? dia macam print screen aku punya wall letak in relationship ngan nama dia. Benda tu dah post kat wall aku dalam 15 minit. Nasib lah tak de orang komen lagi. Cepat2 aku suh dia remove. Berani betul. Sabar lagi. 
  5. Then hari ni, dia misinterpret aku punya status. Orang cakap lain. Dia cakap lain. Dan semestinya status tu memalukan aku. Well macam biasa lah. Lepas tu, aku reply macam marah sikit lah. Tapi tak de lah marah sangat. Sikit je. Terus dia bebel kata " Awk ni tak boleh di bawak bergurau, saya jenis suka bergurau ngan member-member". Adui. Aku reply sikit je tapi dia punya jawab mak oi. Macam karangan. Panjang berjela-jela. Terus aku cakap dalam hati " Eh, aku buat salah ke?". Aku senyap. Kalau layan karang makin menjadi-jadi. Aku kol naim. Kot betul lah kata dia aku cepat tacing. Sekali Naim cakap " dia memang kasar. memang macam tu. kitaorang kawan-kawan ni pun tak tahan ngan dia. Ko tak payah layan. Buat tak tau je. Kalau layan lagi lah dia berapi". Lebih kurang macam tu lah Naim cakap. Naim siap suruh aku pergi tanya lagi kat mamat tu" Ko ingat kawan-kawan ko suka ko ke??" Ada banyak lagi yang dia cita supaya aku paham serba sikit perangai orang ni. Ok terima kasih. Tak lama lepas tu aku tengok 1 status dia post perli aku. Fine. Then dia kata nak block aku. Ok fine. Dia block. Aku malas nak cakap apa. Baik diam. Budak budak sungguh
Ko dah besar. Umur dah 23. Suka hati kau lah. Kalau rasa betul buat. Nasib lah dalam friend list aku ko sorang je perangai pelik. Nasib sorang je. Kalau ramai tak dapat nak imagine -__- Aku memang sentap ngan ko :-(

" Letting go of negative people doesn't mean you hate them. It just mean that you love yourself "

Macam-macam hal jadi dalam 1 hari. Tarikh hari ni 12/2/12..

Anyway, have a fabulous sunday everyone :))

11 Feb 2012

Tips Untuk Yang Bakal/Baru Bekerja


Assalamualaikum..


I found out that these tips are useful to me and hopefully it will benefit u too :))The main idea credit to Intrend magazine (Thanks you!) while browsing through it just now. I edit accordingly to my situation. 


Perkara yang tidak boleh dilakukan sebagai orang baru di tempat kerja : - in my situation here, hospital is my workplace.

  1. Jangan datang lambat. In nursing, we must wrote a report in every shift and pass it over to our colleague. Let say i'm working in morning shift, i can't go back home until i pass over the report to the evening shift staff nurse. If your colleague did't not come yet u have to stay there and wait for her. If u are senior you colleague can forgive u. But if you are juniors u gonna be in a big trouble.
  2. Jangan datang ke tempat kerja dengan keadaan 'serabut' dan penampilan yang selekeh. Imej dan penampilan amat lah penting. Pastikan uniform kemas dan bersih. Selalu kalau pergi hospital aku akan pakai light make up to soften my looks. Sebab sesetengah orang kata muka aku ni kadang-kadang nampak sombong which is not good for patient impression. U don't want patient to complaint about u right?
  3. Jangan takut untuk bertanya. Ingat! Kita bukan lah arif mengenai semua benda. Kalau rasa macam tak pasti yang ni ke IV flagyl quickly ask your colleague. Kalau rasa tak pasti apa nak buat dengan patient yang terlampau cerewet pergi lah refer kat staff yang lebih senior. 
  4. Jangan terlalu rapat dengan orang atasan. Ketahui batasan anda. Yang ni memang tak kan buat. Nampak je matron datang laju-laju blah pergi sibukkan diri buat keje..hehe. 
  5. Jangan lakukan kerja luar pada waktu bekerja. Contohnya, menjahit baju kurung kat dalam pantry. Nanti ape jadi kat patient kita tak tau. 
  6. Jangan berbicara atau berlawak dalam bentuk yang tidak senonoh. Bukan semua orang boleh terima. And people tends to judge us with bad impressions. 
  7. Jangan tunjukkan muka masam atau tension. Sentiasa tersenyum ceria walaupun tengah jiwa kacau baru break up ngan bf, penat melampau atau pun dah 2 malam tak cukup tido. Be professional.
  8. Jangan tinggikan suara apabila bercakap dengan collegue ataupun bos. Kadang-kadang kita tengah serabut tetibe orang tu datang buat kecoh bising itu ini. Cool. Tarik nafas. Hembus. Control suara. 
Langkah untuk berjaya dalam career sebagai pendatang baru :

  1. Sentiasa mengambil tahu hal sekeliling terutama sekali hal kerja dan yang berkaitan dengannya.
  2. Bersedia menerima idea dan kritikan untuk meningkatkan kemahiran kerja anda. Jangan melenting apabila di tegur. Kalau rasa nak marah simpan je dalam hati. 
  3. Sentiasa bekerjasama dalam kumpulan dan menggunakan cara komunikasi yang baik dan professional. Berbaik lah dengan semua staff bermula dengan attendant sampailah ke sister dan doktor. 
  4. Melaksanakan tugasan dengan jayanya. Finish all your job before going back home. 
  5. Cari seorang mentor atau teman sekerja untuk menjadi tempat rujukan dan berkongsi pengalaman. 
  6. Kenal pasti minat dan motivasi anda supaya anda sentiasa gembira melakukan kerja.
  7. Beri perhatian kepada segala peraturan dan protokol di tempat kerja supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. 
Selamat bekerja kawan-kawan! Have a nice day ^__^

10 Feb 2012

Let's Workout


Hello readers!

Salam jumaat untuk semua ^__^ Semoga kita di berkati Allah sentiasa. Double berkat kat guys yang pergi semayang jumaat hari ni. Alhamdullilah, sejuk perut ibu mengandung :)) Korang apa kabar? Dah makan ke? Minggu ni apa korang buat?

OK, aku tanya aku jawab. Kabar baik. Dah makan petang tadi. Kalau lapar karang makan lagi *dah-dah tak elok makan malam-malam* Minggu ni aku pergi kelas macam biasa. Bukan posting so ada lah masa terluang untuk aktiviti suka hati.



Sory lah sayang gambar tak berapa clear. Taken using my lovely Sony Ericsson handphone. Ari rabu aku pergi kelas pakai macam ni. Tshirt biru Polo ni dah lama sangat aku tak pakai. Aku suka baju ni tapi baju ni kecik so aku jarang pakai. Yelah dah kau gemuk memanglah baju kecik. Korang tau tak baju ni size L? L untuk Large. Bukan size S. Tension gwa size tak standard ni.

Tak pe abaikan lah benda tu. Lainkali try dulu sebelum beli. Ok, cuba teka kenape aku pakai macam ni? Tshirt, track suit with sport shoes..

Hmm, mungkin sebab ko tak de baju dah nak pakai? Ko saje nak tukar mood pakai gini? Tak pun ko dah buang tabiat? Wakakaka.

Tak tak. Sebab lepas kelas aku nak terus pergi gym ^_^ Phewit, pergi gym? haha. Saja la pegi. Lama tak workout.

Alah, cakap je lah lemak dah sama tebal ngan kulit ikan paus :P

Kawan aku, Kak Pah kata aku ni macam budak form 1 nak pergi main netball petang-petang. Tahun lepas 2011 dia kata aku macam darjah 6. Taun ni up sikit jadi form 1 -__- dok la panggil aku adek. Padahal gwa ni satu kelas ngan lu. Dush dush! *tumbuk sebijik* Hari yang sama, ada la aku bercakap call ngan the other friend of mine. Tetibe je dia kata "Dayah ko ni kecik la macam budak form 2 je. Tapi takpe awet muda sentiasa.." Wekkk..

Ok fine. Gwa dah immune dengar benda-benda macam nie.



Sambung balik cerita. Aku ajak room mate tersayang, Mazni pergi gym . Aku memang suka ajak Maznie kalau nak buat pape. Nak tido pun aku ajak dia. Romantik kan saya? Wekkkk muntah lagi! Ok sory sory. Kitaorang pergi gym kat kolej ni. Free je. Rugi kalau tak guna. Kalau nak pergi Fitness First mahal nak mampos. Alat-alat kat sini pun ok. Ada treadmill, various size of dumbell/ barbell, weighing machine and etc.  Not bad la. Takat nak berpeluh sekilo tu tak de hal lah gwa cakap lu.

Kitaorang dok kat sini dalam sejam. Yelah kelas pun abeh dekat-dekat pukul 5. Lepas tu aku nak gi beli barang-barang umah lagi. Start dari bawang sampai sabun basuh kain semua habis. Haa ambik kau. Aku dah la kering sekarang sebab ari tu elaun masuk awal sangat sebab raya cina. Time-time ni lah nak abeh stock. By hook or by crook aku wajib pergi beli. Kebetulan pulak ari tu ari rabu. Ada pasar malam cina kat Taman Connought ni. Boleh lah singgah kejap beli buah epal. Kalau ari pasar malam jalan kat luar jammed maha dasyat. Sampai dulu kitaorang dapat balik posting shift petang awal sebab pasar malam ni. Dulu je lah. Sekarang tak boleh dah.

Lega rasa bila balik sakit-sakit badan. Bila sakit baru lah terasa macam pergi exercise. Ye dak? Bila aku cakap ari ni pergi gym korang jangan lah kata "Aih, tak lama lagi badan macam model la." Tak tak. Aku ni bukan pergi selalu malas. Kekangan masa. Sebulan sekali pun susah.

Then, esok harinya, khamis aku ada satu kelas je. Sampai 9.30am. Pastu abeh. Tak de dah. Patutnya petang pukul 2 ada tapi cancel pulak. Yes! So lepak-lepak ngan si Nadiah ni. Saja sembang-sembang. Malas nak balik umah lagi. Kalau balik pun sure tido tu yang malas tu. Menternak lemak aje. Cukup-cukup lah.

Nadiah tanya, " Awak petang-petang tak gi joging ke?'. " petang ni saya dah janji nak joging dengan Mazni. kat taman depan umah je." " Owh ye ke. molek ah gitu. jom kita gi joging kat Tasik Permaisuri nak tak? Lama tak gi situ. Ajak lah Rozi ngan Mazni sekali." " Aah la awak. Lama tak gi sana. Hmm boleh lah. Jap saya mesej tanya diaorang." Diaorang reply "Ok jom. Boleh aje :))"

So petang tu lepas Asar, laju-laju siap pergi Taman Tasik Permaisuri. Dekat je ngan umah.


Just arrived. Rozie, Nadiah and Maznie. *happy face*


Ehem, bila sampai ambik gambar dulu. Agak banyak pics yang kitaorang snap sebelum joging. Kalau dah pas joging sure muka buruk gila. Berpeluh dan selebet.


Suka gaya Mazni. Sempoi. Kalau korang perasan rozie pakai jeans. Sebab dia tak nak joging. Just datang nak ambik angin je. Ari ni dia puasa. Good girl :))


Room mate yang suka melompat. kanak-kanak ribena Tak kisah lah ape pun janji kau happy.


Me and my kind hearted room mate. Love U dear <3

Ehem, ready to jog :p


Let's get started. Yang pic kiri memang tengah joging. Yang pic kanan ni tak pasti pulak buat ape. membebel ke bergosip?? :P

Jog for a while and continue snap pics :))




Suka sangat gambar-gambar ngan Nadiah ni. Environment kat belakang yang hijau buat gambar nampak cantik walaupun orang dalam gambar tak cantik. Plus cahaya matahari yang agak terang sangat lah membantu.

Tips: Nak gambar yang cantik ambik lah kat taman.haha.

Ok then, kitaorang simpan kamera kat Rozie and continue jogging. Ramai jugak mamat-mamat hensem orang kat sini. Aku bawak earphone konon-konon nak dengar lagu time joging. Tapi haram tak pakai pun. Si Nadiah ni kan tak pernah kering gusi buat lawak. Ada je idea dia. Jenuh gelak aku. Sambil lari sambil gelak. Lari laju-laju potong mamat hensem yang jog sorang-sorang gelak banyak banyak. Tercungap-cungap dua-dua orang. Haha. Best lah. Ceria je hidup aku.

Suka lah joging kat sini. Tempat ni luas dan cantik. Puas lah nak cuci mata *winkwink* Tak abeh pusing pun dah semput. Selama ni datang sini dok melepak je mana nak tau ape yang ada. Agak-agak dah basah baju bermandi peluh kitaorang pun get ready lah nak balik.


Post workout pic. Both having shortness-of-breath and dehydration :P Penat sekejap je. Pastu badan terasa ringan je :-) Dan segar walaupun tak mandi lagi.

Lepas joging, kitaorang gi lah kat Masjid Saidina Uthman yang kat sebelah taman ni. Karang kan dah nak masuk magrib. Alhamdullilah, dapat jugak solat jemaah setelah sekian lama :-(


Hakhak. Nadiah laju-laju snap. Sempat lagi tu. By the way, telekung tu masjid punya. Kebetulan pulak sama ngan kaler inner syria den.

Time kitaorang tengah ikat tali kasut kat luar masjid ni ada lah sorang Pak Cik tegur kitaorang.

"Korang sekolah dekat mane?."
"Alah sekolah kat sini-sini je." *dalam hati tak tau pun sekolah ape yang ada kat situ*
"Owh, lambat ek balik sekolah. ada aktiviti ke tadi?"
"Tak lah. kitaorang datang joging. terus singgah sini."
'Owh, bagus-bagus, nasib anak pak cik kecik lagi. Kalau tak boleh buat menantu." :P

Nak percaya boleh tak nak percaya pun tak pe *facepalm*

Pastu kitaorang  joging lagi sampai pasar malam Bandar Tun Razak. Joging? Ok tak lawak. Memang nak gi pasar malam pun. Rajin ko ni pergi pasar malam kan? Memang lah. Ni pasar malam melayu. Yang semalam tu cina. Nak beli makanan semua tak boleh. Kempunan aku dok tengok cempedak goreng tiap-tiap minggu. Tengok aje lah *slurpp hisap balik air liur meleleh :P* Takat buah-buah je lah yang lepas. Bila datang sini Oh My God! banyak nya benda makan. Sedap-sedap belaka. *jakun sekejap.* Rasa nak beli semua. Nak beli murtabak, nak beli kuih, nak beli ayam golek, nak beli keropok lekor tapi semua tu aku tak beli. Hahaha. Macam lah aku rajin sangat nak makan karang. Confirm membazir. Beli nasi ngan air je :)) Makan untuk hidup dah la.

Rozie pulak tak makan lagi. Bukak puasa tadi minum air masak je. Kesian dia. Karang hypoglycemia kat situ tak pasal-pasal je. Errr, ape tu hypoglycemia? Kurang gula dalam darah. Boleh pengsan tau! Kalau pengsan sapa nak carry bawak balik. Cepat-cepat aku paksa dia makan.

Lepas beli makanan lebih kurang kitaorang terus balik. Bukan apa sebab teringat pulak assignment bertimbun kat umah tengah menanti. Assignment dari Prof yang garang. Aku dah lah jadi group leader. Anak buah semua dah siap part masing-masing. Aku tak buat ape lagi pun. Bertuah punya leader. Ahh, gasak lah. Dah la kena submit esok pagi.

Whatever it is, i love workout! It makes me happy and feel healthy :))