28 Jun 2012

Kursus Induksi 2/2012


Assalamualaikum..

Seperti yang di janjikan aku nak update sikit lah pasal induksi. Nanti-nanti sape yang dapat pergi ada lah sikit idea how the things going on. Update ni agak lambat sebab kitaorang harus check out segera dari rumah sewa. Yelah dah abeh belajar kan. Internet pun dah terminated. Bila takde internet mulalah rasa macam katak bawah tempurung. Tak tau apa jadi kat dunia luar. Ok ok cukup.

Jom cite pasal Kursus Induksi.

Aku pergi Kursus Induksi dari 15hb sampai 21hb Jun hari tu. Walaupun seminggu serius ku rasa sangat lama. Kenapa entah. Mungkin sebab dah lama tak hidup ada jadual jadi mengada tu lebih sikit. haha. Induksi ni wajib untuk semua penjawat awam. Kalau tak pergi ataupun tak pass Induksi tak boleh sah jawatan tau. Bila tak boleh sah tak boleh lah naik pangkat dan menikmati segala kelebihan penjawat awam. Macam tu lah lebih kurang yang aku paham.

Semua peserta ada dalam 520 orang tak silap di bahagikan dalam 30 group. 1 group dalam 18 atau 19 orang camtu. Setiap group ada fasilitator masing-masing. Puan fasi group aku ni muda lagi. Dah la cun baik hati pulak tu. Jadi rasa seronok je group ngan dia. Gambar ngan Puan takde. Kalau tak boleh tunjuk sini.

Ok semua peserta adalah dari course nursing dan farmasi sahaja dari kskb dan outsourcing KKM. Ada sorang penceramah tu kata " Tak kiralah di mana anda belajar yang pasti anda tetap dari KKM, mendapat biasiswa KKM dan akan bekerja dengan KKM." Bila dengar je ni bolehlah tersenyum sikit. Kuranglah sikit feeling-feeling anak tiri tu. heee. Tak paham? Ok abaikan.

Oh, KKM stand for kementerian Kesihatan Malaysia.


Setiap pagi wajib sampai auditorium pukul 7.45am. Dalam pukul 8am kita akan start nyanyi-nyanyi. Kasi semangat sikit - Lagu Negaraku, Lagu Kami Sedia Membantu ( Lagu KKM) dan Lagu 1 Malaysia.

Induksi ni penuh dengan ceramah dari 8am sampai 6pm. Jadi bosan-bosan snap pic.


 Pastu bosan lagi dapat lah muka camni. haha.


Ok tak comel langsung. Hihi *ketawa sopan*

Dulu-dulu induksi ada exam. Bila takde exam jadi kita harus buat assignment dan kena submit. Kalau tak submit fail induksi dah jadi kes naya di situ. Pastu jangan nak cuba ponteng-ponteng atau datang lambat. Masalah besar nanti. Ingat ye kawan-kawan.


Pic ni snap kat dalam kelas. Aku tengah buat assignment group. Aku dapat topik Dasar Pandang Ke Timur. Nasiblah kawan aku Fieqa ni bagi pinjam hp dia. Bolehlah online kat situ dan laju-laju google. Dang! siap sudah assignment ku pas sejam dok menyalin.


Selain assignment group ada jugak assignment individu. Tajuk aku dapat lepas undi ialah Tonggak 12 Perkhidmatan Awam. Apakah itu? Macam good-good je aku ni bercerita kan. Haha. Actually aku pun bukan tau sangat. Nasib ada buku rujukan. Senang kerja. Jangan risaulah nanti pergi Induksi tau lah ape bendanya. *sambil cakap sambil senyum*

Hari penutup wajib buat persembahan. Ada group yang kena buat dikir barat, koir, tarian arab, lakonan ikut lah apa yang dapat. Group aku kena buat tarian tradisional. Aku ni bukan ada bakat menari, badan pun keras haha tapi sekali sekala kita buat benda yang tak pernah buat menarik jugak kan? Sometimes we should try to do something we think we cannot do. Maka, aku pun masuk lah menari lagu Noraniza Idris Dikir Puteri combine ngan tarian India Chamak Challo. Korang tolong lah jangan imagine macamane aku menari sebab memang kelakar. Haha. *malu tutup muka*

Group 16 dari UCSI University, Masterskill dan tuan rumah KSKB Sg. Buloh. Semua ni future staff nurse tau. 
Yang paling aku seronok group aku dapat kumpulan terbaik. Group 16, 18 dan 19. Hanya 3 group ni je yang maintain markah kumpulan 100%. Fasi ada merata-rata yang akan sentiasa perhatikan korang untuk deduct marks. Sebab tu aku kata jangan datang lambat ataupun ponteng. Seronok lah weyh dalam 30 group yang ada tetiba group kau menang. Aduh, betul-betul skema lah group 16 ni. Jangan tak tau tido time ceramah pun kena tolak markah merit =.='


Ni hadiah walaupun kecik tapi hadiah tak penting kalau banding ngan menang group terbaik. Yeay!


Ni nama dia Aisyahtul Sakinah. Dia junior saya kat SMKA Kerian dulu. Kami selalu contact kat FB. Bila pergi Induksi terus jumpa. Bagus Aisyahtul ni ramah dan mesra. Setiap kali jumpa kemain excited lagi dia panggil "Kak Dayah Kak Dayah." haha layan. Banyak pics kitaorang snap sama.


Aduhai, bulatnya tudung cek kau. Maklumlah dah petang lepas acara penutup. Ni bukan skandal atau sapa-sapa. Ni kawan sekolah saya. Dulu-dulu time Form 2 kot kami 1 kelas. Nama dia staff nurse Azizul Hakim, belajar kat Pusrawi, umo sama aku 22 tahun. Ok ada sapa-sapa nak berkenalan tak? Hehe. Aku pun tak tau kenapa dia excited sangat ketawa. Apa yang seronok entah =.='

with fieqa.  ko memang kan suka sangat nak group ngan aku.. peace!


Opps, masa mencemburui kita. Got to go. Bye bye!

Thanks for reading peeps! :-)

13 comments:

  1. Replies
    1. aah kiranya begitulah.. k.dayah edit sikit. ada lagi sorang kawan sekolah yg k.dayah jumpe..

      Delete
  2. Wahhh... bestnya dapat jadi group terbaik :) Tahniah awak!

    ReplyDelete
  3. ahh akak rindu kenangan induksi kat sg buloh ni.. tapi akak tak suka induksi..bosan..peraturan ketat! nak jalan jauh.. hahaha

    tp akak suka Birotatanegara BTN! best woo~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kenangan lama..hm, agak bosan. we try our best to enjoy.
      seminggu kot. kalau sehari dua xpe..
      BTN kitaorg tak pergi lagi.. wahhh, xsabar sy hehe

      Delete
  4. TETAP eh..? i KONTRAK lagi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tetap.. owh xpe2 kontrak pun. tak lama lagi kalau ada kekosongan boleh dapat tetap..selamat bekerja :)

      Delete
  5. Salam.

    Wah, bestla kerja Government. Banyak elaun. All the best for work.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. hehe.. thanks you. eh cp SN jugak kan? bukan goverment kah?

      Delete
  6. chamak challo -_- lagu senam robik time induksi. .

    ReplyDelete