Assalamualaikum..
Seperti yang di janjikan aku nak update sikit lah pasal induksi. Nanti-nanti sape yang dapat pergi ada lah sikit idea how the things going on. Update ni agak lambat sebab kitaorang harus check out segera dari rumah sewa. Yelah dah abeh belajar kan. Internet pun dah terminated. Bila takde internet mulalah rasa macam katak bawah tempurung. Tak tau apa jadi kat dunia luar. Ok ok cukup.
Jom cite pasal Kursus Induksi.
Semua peserta ada dalam 520 orang tak silap di bahagikan dalam 30 group. 1 group dalam 18 atau 19 orang camtu. Setiap group ada fasilitator masing-masing. Puan fasi group aku ni muda lagi. Dah la cun baik hati pulak tu. Jadi rasa seronok je group ngan dia. Gambar ngan Puan takde. Kalau tak boleh tunjuk sini.
Ok semua peserta adalah dari course nursing dan farmasi sahaja dari kskb dan outsourcing KKM. Ada sorang penceramah tu kata " Tak kiralah di mana anda belajar yang pasti anda tetap dari KKM, mendapat biasiswa KKM dan akan bekerja dengan KKM." Bila dengar je ni bolehlah tersenyum sikit. Kuranglah sikit feeling-feeling anak tiri tu. heee. Tak paham? Ok abaikan.
Oh, KKM stand for kementerian Kesihatan Malaysia.
Setiap pagi wajib sampai auditorium pukul 7.45am. Dalam pukul 8am kita akan start nyanyi-nyanyi. Kasi semangat sikit - Lagu Negaraku, Lagu Kami Sedia Membantu ( Lagu KKM) dan Lagu 1 Malaysia.
Induksi ni penuh dengan ceramah dari 8am sampai 6pm. Jadi bosan-bosan snap pic.
Ok tak comel langsung. Hihi *ketawa sopan*
Dulu-dulu induksi ada exam. Bila takde exam jadi kita harus buat assignment dan kena submit. Kalau tak submit fail induksi dah jadi kes naya di situ. Pastu jangan nak cuba ponteng-ponteng atau datang lambat. Masalah besar nanti. Ingat ye kawan-kawan.
Pic ni snap kat dalam kelas. Aku tengah buat assignment group. Aku dapat topik Dasar Pandang Ke Timur. Nasiblah kawan aku Fieqa ni bagi pinjam hp dia. Bolehlah online kat situ dan laju-laju google. Dang! siap sudah assignment ku pas sejam dok menyalin.
Selain assignment group ada jugak assignment individu. Tajuk aku dapat lepas undi ialah Tonggak 12 Perkhidmatan Awam. Apakah itu? Macam good-good je aku ni bercerita kan. Haha. Actually aku pun bukan tau sangat. Nasib ada buku rujukan. Senang kerja. Jangan risaulah nanti pergi Induksi tau lah ape bendanya. *sambil cakap sambil senyum*
Hari penutup wajib buat persembahan. Ada group yang kena buat dikir barat, koir, tarian arab, lakonan ikut lah apa yang dapat. Group aku kena buat tarian tradisional. Aku ni bukan ada bakat menari, badan pun keras haha tapi sekali sekala kita buat benda yang tak pernah buat menarik jugak kan? Sometimes we should try to do something we think we cannot do. Maka, aku pun masuk lah menari lagu Noraniza Idris Dikir Puteri combine ngan tarian India Chamak Challo. Korang tolong lah jangan imagine macamane aku menari sebab memang kelakar. Haha. *malu tutup muka*
Group 16 dari UCSI University, Masterskill dan tuan rumah KSKB Sg. Buloh. Semua ni future staff nurse tau. |
Ni hadiah walaupun kecik tapi hadiah tak penting kalau banding ngan menang group terbaik. Yeay!
Ni nama dia Aisyahtul Sakinah. Dia junior saya kat SMKA Kerian dulu. Kami selalu contact kat FB. Bila pergi Induksi terus jumpa. Bagus Aisyahtul ni ramah dan mesra. Setiap kali jumpa kemain excited lagi dia panggil "Kak Dayah Kak Dayah." haha layan. Banyak pics kitaorang snap sama.
Aduhai, bulatnya tudung cek kau. Maklumlah dah petang lepas acara penutup. Ni bukan skandal atau sapa-sapa. Ni kawan sekolah saya. Dulu-dulu time Form 2 kot kami 1 kelas. Nama dia staff nurse Azizul Hakim, belajar kat Pusrawi, umo sama aku 22 tahun. Ok ada sapa-sapa nak berkenalan tak? Hehe. Aku pun tak tau kenapa dia excited sangat ketawa. Apa yang seronok entah =.='
with fieqa. ko memang kan suka sangat nak group ngan aku.. peace! |
Opps, masa mencemburui kita. Got to go. Bye bye!
Thanks for reading peeps! :-)