14 May 2012

The Poor Patient


Assalamualaikum.

Rasa macam hari ni nak bercerita pasal nursing life.

Last two week i've been posted to Medical Ward. Paham-paham je lah medical ward patient nak full sentiasa. Baru 5 minit discharge dah ada new admission. Selalunya patient yang masuk muka sama je. Aku kebetulan lah incharge kat acute. Acute tu untuk patient yang not-so-stable. Cubicle betul-betul depan kaunter nurse. Ape-ape senang kita nak monitor.

Adalah sorang mak cik ni umo dalam 55 tahun kot sakit Advanced Lung Cancer. Fuhh. Cancer ye. Patient ni memang dah takda harapan sembuh. Cancer dia dah sampai ke otak. Dia pun koma, xboleh bercakap, xboleh gerak langsung. Hanya mata terbukak tu pun tak boleh nak kelip-kelip dan mulut ternganga. Aku nak tolong tutupkan mulut dia tak boleh sebab keras sangat. Manusia ni walaupun koma tapi masih kena makan. Mak cik ni gerak pun tak boleh apetah lagi nak makan. Dia makan ikut tiub yang masuk kat hidung sampai ke perut. Setiap 3 jam sekali kena feed dia dengan susu - susu ni ada banyak jenis dan kena bancuh ikut formula yang betul. Aku insert tube tu kat dia dan setiap 3 jam muka aku la yang akan feed dia.

Tu nampak tu tiub yang kat hidung. Hmm,obviously this is not my patient. hee. 
Orang yang koma ni keadaan diri dia sangat messy kalau takda orang yang bagi perhatian untuk jaga dia. Pampers kena tukar selalu. kadang-kadang 1 shift yang 8 jam kena tukar dekat 3x untuk dia sahaja. Orang lain tak kira lagi. Sponging ( mandi ataupun lap badan) tu memang setiap hari kena buat. Nasib lah kat ward tu sponging orang yang keje shift malam buat. Fuh, lega.

Kalau bercakap bab tukar pampers memang aku rasa nak nangis je ngan mak cik ni. Mana tak nya ari ni dia constipation (sembelit). Esok pulak dia diarrhea (cirit-birit). And the list goes on setiap hari. Dia kan tak boleh gerak jadi badan dia rasa berat sangat-sangat. Setiap kali nak gerakkan dia kena pakai tenaga kita. Fuh, berpeluh dan of coz meletihkan. Nak di jadikan cerita katil kat hospital tu rosak. Tak boleh nak tinggikan dan tak boleh nak lock. Double trouble. Fyi, katil hospital boleh tinggi/rendah dan lock/unlock. Katil makcik tu punya lah rendah an i have to bent down myself. Such a poor body mechanics which lead you to fatigue, muscle strain and back pain! Patutnya katil tu kena tinggikan separas pinggang lebih kurang supaya kita tak terbongkok-bongkok kerja. Aku tukar pampers dia dan buat dressing (cuci luka) sekali kat bedsore- luka kat belakang badan selalunya sebab berbaring terlampau lama. Perghh! nak dekat dua jam bongkok so boleh imagine tak macamane rasa sakit pinggang, sakit belakang?? Tssskkk.. Balik umah memang straight away aku pengsan sebab kepenatan melampau. Nasiblah bujang =.='

lebih kurang macam ni lah bedsore patient tu. 
Hmm ok lebih kurang macam ni lah cite patient aku ni. Aku bukan lah nak merungut or whatsoever. Just wanna share my daily nursing life. The most important things i want to highlight was about her family. Sangat menyedihkan. Sob sob sob. Anak-anak makcik ni sorang pun tak datang, seminggu aku kat situ sekali pun tak pernah nampak muka anak-anak. Kata suami dia, anak-anak semua sibuk kerja jadi tak dapat datang. Mak kau dah nyawa-nyawa ikan sini yang ko sibuk ngan hal dunia. Patutnya time macam nilah nak berbakti kat ibu bapa. Hmm, bagus lah :-(  Yang si suami pulak datang ada lah kot dalam 10 minit pastu balik. Just datang tengok-tengok gitu je. Takda pun nak pegang-pegang bini dia, gosok-gosok sikit kepala ke. Semua dia pass kat aku. Dah dapat kerja extra. Kat mak aku sendiri pun aku tak buat macam ni weyh - Ahh, miss my mom! Aku pesan suh bawak pampers tak bawak-bawak. Aku pulak kena tebalkan muka mintak pampers kat patient lain. Nasib lah diaorang kasi. Pampers dalam ward dah abeh - Tak dapat lah kerajaan nak supply pampers for lifetime. Kalau korang nak tau makcik ni apa barang pun takda. Anak-anak dah lah tak datang jenguk, nak jaga tu jauh sekali barang-barang macam towel kecik, lotion, sikat pun takda. Apa nak jadi lah. Kalau patient lain masuk hospital barang macam nak pergi berkelah- Punya banyak siap ada stok lagi.


Actually, ibu bapa yang sakit dan tak di pedulikan anak-anak ni selalu je jumpe. Macam perkara biasa yang jadi tiap-tiap hari. Boleh tengok selalu kat ward.


Walaupun aku jaga ramai patient tapi makcik ni antara yang di ingati. Macam susah je nak lupa. Kenapa entah. Semoga Allah merahmati mu sentiasa. InsyaAllah.

2 comments: