19 Apr 2012
Diary Of The Day : Movie Lockout & Makan di Kenny Rogers
Assalamualaikum..
Ni entry rilex-rilex je. Pagi ni aku bangun awal. Err, bangun awal tu maksudnya lepas subuh tak tido dah. Hehe. Pagi-pagi lagi aku buat kek batik pastu tolong mak aku goreng mihun untuk breakfast. Mak aku pun pelik awat awal-awal pagi buat kek batik? Hehe..Ada orang request nak. Tu rajin tak bertempat :P
Ari ni 19hb April ada lah Hari Keputeraan Sultan Perak Yang Ke 84. So semua warga Perak bercuti. Kebetulan pulak aku baru abeh exam dan dapat balik kampung so aku pun kuar lah ngan kawan. Dia tak keje. Sanggup drive 2jam mai Taiping ni. Terima kasih sangat! :)
Antara aktiviti biasa muda-mudi bila kuar mestilah tengok wayang. Minggu lepas aku tengok cite Battleship. Aku tak tau pape pun pasal cite ni. Dah partner aku nak tengok aku gi je lah beli tiket siap-siap. Kalau beli last minit takut penuh pulak. Cite Battleship ni pasal Navy versus Alien. Time aku tengok ni sakan orang bertepuk tangan bila hero dia berjaya lawan ngan alien. Serius best. Hero pun handsome.
OK ok kembali kepada movie hari ni cite Lockout. lockout ni 18PL. Cite ni memang ganas. Banyak sangat tembak bunuh-bunuh orang. Tak puas hati sikit terus je tembak. Tak pun letup pakai bom. Yang paling dasyat since prison dia kat space diaorang campak je kuar. Terus orang tu jadi kering, mengecut sebab takda oxygen kan. This movie about a man framed for a crime he did not commit, who is offered his freedom in exchange for rescuing the President's daughter from inmates in a prison in space. Pergh scary! A prison in space memang sangat canggih la bagi aku. Tak terjangkau dek akal. Malas cite panjang lebar movie ni memang awesome pergi lah tengok :)
Lepas movie masuk Kenny Rogers makan. Meh nak tunjuk sikit muka. Hehe
Hmm, senyum tak ikhlas.
Much better i guess :)
Lama aih tak makan Kenny Rogers. Mahal kan. Lari bajet. Menu ni saje dah RM50++
Dalam semua ni aku suka ayam dia. Sos black pepper tu sedap. Tengok coleslaw tu sikit kan harga RM6
Wahhhh! muka aku sama lah ngan Doraemon! Pipi tembam tu yang buat sama. hihi. Kami makan Dorayaki. Benda yang aku pegang tu Dorayaki. Rasa ok tapi tekstur dia tak sama macam yang Doraemon makan. Orang-orang Taiping silalah cuba beli Dorayaki comel ni. Ada jual kat Taiping Sentral tu.
Kalau korang nak tau aku dah lama berangan-angan nak buat Dorayaki ni sendiri. Resepi dah ada tapi nak buat tu taktau bila. Nanti petang-petang kat umah mak mertua boleh buat bagi dia rasa. Kan? Pangg! Haha.
Till then. Good night peeps!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wahhhhhhh kawan ke??yg mai tu? atau ehem2 u?? :P
ReplyDeleteHaha..yang mai tu lah..jumpa lagi..ahh bahagianya :)) kihkihkih
Deletebahagia nya dia kan.. untunglah.. keh2
ReplyDeleteAlhamdullilah..semakin hari semakin bahagia :))
Delete