Assalamualaikum..
Artikel ni aku jumpa kat FB. i found out that it is good so why not sharing it with others :)
------------------------
Bila stress ku akan telefon mu, ibu
Dari dulu ibu atau emak kita yang menjaga kita, menyusukan kita, menyuapkan kita makan, malah memujuk kita. Semasa kecil, orang yang pertama kita cari ketika kita sakit ialah emak. Orang yang kita cari ketika kita gembira juga emak.
Banyak kajian mendapati bahawa suara ibu atau emak kita dapat memberikan ketenangan, dengan izin Allah. Suara mereka menyebabkan tubuh kita mengeluarkan hormone yang oxytocin yang akan mengurangkan stress dan kita merasa tenang. Suara mereka juga akan menyebabkan hormone cortisol yang mempercepatkan degupan jantung dan meninggikan tekanan darah menjadi kurang.
Oleh itu jika kita stress dalam kehidupan seharian, telefonlah ibu atau emak kita. Mereka selalu mengalu-alukan anak-anak menelefon mereka. Jika menghadapi tekanan besar, baliklah kampong untuk berjumpa dan mendengar nasihat mereka. Mintalah doa untuk kesejahteraan kita.
Ahli saintis mendapati bukan isi perbualan yang memberikan ketenangan. Tetapi intonasi dan sifat suara mereka, sama ada serak, halus atau sebagainya yang menyebabkan kita merasakan nikmat mendapat kelegaan dan ketenangan.
Kenikmatan ini tidak akan dapat jika kita menulis surat, menaipkan sms atau menulis e-mail.
Jadi jika stress, telefon emak atau ibu kita, setakat bertanya khabar.
Selalunya kalau saya amat stress saya akan telefon emak saya.
“Assalamu alaikum, mak. Masak apa hari ini?”
“Abah macam mana? Sihat.. oklah mak itu saja. Saja nak tanya khabar”
Dengan izin Allah hampir 75% perasaan stress saya hilang. Masya-Allah ..
Lagi banyak kita mendengar suara ibu atau emak kita, semakin banyak hormone cortisol akan dikeluarkan. Jangan lokek dengan bil telefon untuk menefon emak atau ibu kita.
Ok sekarang mari kita bagi pendapat pulak.
To be honest aku bukan lah anak manja. I'm not calling my mother everyday. Kalau rasa macam dah lama tak dengar suara tu aku akan call la. Habit call mak ni dah terjadi sejak aku umur 13 tahun. Aku kan sekolah kat SMKA Kerian tu sejak dari form 1 sampai form 5. So memang biasa call mak. Setiap kali nak call kena sediakan duit syiling at least seringgit. Nasib lah umah aku ngan sekolah sebelah-sebelah daerah je. So murah lah sikit. Kalau member-member yang tinggal jauh setiap kali call kena spend dalam RM3.
Aku ingt lagi waktu form 1 bila aku bangun tido aku terus rasa takut sangat sampai nak menangis. Aku pun tak tau kenapa. Rasa macam masa tido tadi ada mimpi ngeri. Tapi aku tak ingat lah mimpi apa. Aku bangun cepat-cepat pergi mandi dan siap-siap pakai telekung nak pergi surau solat subuh. Sebelum pergi surau aku call mak aku dulu. Sebab teringatkan mimpi tadi dan rasa kena call mak aku sangat-sangat. Bila call aku pun tak tau lah kenapa aku menangis. Aku cakap telefeon sekejap je sebab tak nak terlewat pergi solat subuh. Lepas solat nak kena siap pi sekolah pulak. Rupa-rupanya malam tu mak aku kata dia teringat kat aku, rasa risau sangat-sangat sampai tak boleh tido. Mungkin sebab tu aku mimpi bukan-bukan dan laju-laju call mak aku pagi tu. Subhanallah.
Sebabkan dulu aku sekolah agama, ustaz ustazah selalu pesan pasal ibu bapa. Mak ayah memang akan selalu mendoakan kita tapi lebih baik kalau kita sendiri yang mintak mereka doakan. Sejak dari tu aku selalu suruh mak abah aku doa. Setiap kali nak exam lah selalunya. Bila dah besar-besar ni aku up sikit bukan doa setakat nak exam je tapi anytime bila aku susah. Bila aku get in trouble, aku akan mesej mak aku cakap "mama, orang ada masalah ni. Tolong doa banyak-banyak mintak di permudahkan segalanya" - ok sebenarnya aku panggil mak aku mama. Aku kadang-kadang tak cakap pun masalah apa. Dengan izin Allah semua masalah aku selesai. Alhamdullilah.
Kadang-kadang bila something bad happen to me and i was so worried i will definitely tell her. My mom was like to said "don't worry so much. Everything gonna be ok." And i was like ok my problem solved even though it is not yet solved! Rasa tenang dan semua kerisauan hilang. Kalau aku nak miracle happens di saat-saat yang genting, mak aku lah tempatnya. Dengan izin Allah its always happen. Subhanaallah.
Love U Mommy! |
Till then. Have a nice day peeps!
kasih ibu!!..eh rindu mama atie la plak..:)
ReplyDeletekasih ibu membawa ke syurga :)
Deletewindu mama kiter juger.. =)
ReplyDeletekalau rindu balik lah kg :)
Deletesayang ibu juga:-)
ReplyDeletekasih ibu membawa ke syurga :)
Delete