Assalamualaikum
They always distract me when i want to start doing assignment! These 3 girls.. Nadiah, Nabila n Syuhaida.. Grrrrrrr!
Situation 1 Hari Selasa
Lepas magrib aku terus on laptop nak edit slide show. Esok nak present ni. Lecturer tu cerewet sangat. Itu tak kena. Ini tak kena. Baru je 5 minit aku start buat keje, diaorang datang cakap "mari la kita keluar makan". Aku kata "tak nak lah. nak buat slide." " Alah mari lah. kejap je. Lepas makan kita balik la." Lama2 aku pun setuju je lah. Terus siap. Kitaorg pergi makan kat HR Steak House Kg Baru ^_^
Kalau keluar ngan member2 selalu aku akan suggest makan kat Kg Baru. Memang suke makan kat situ. Macam-macam kedai dah try. Kat HR ni pulak kali ke 7 rasa. The best western food ever!
Sory lah pics capture here are all blurred. Paham-paham je lah lighting kat sini kat tak berapa bagus. Memang gelap.
Ni roasted chicken. Serius sedap. Walaupun dah banyak kali datang tapi aku hanya makan ayam. Tak pernah pun nak try lamb chop, beef steak or watever. Sebab aku memang suke ayam je. Yang daging lain-lain ni kurang.
Ni sebenarnya grilled chicken. Tapi sangat lah tak clear. Spoil betul. Ada ayam, roti and coleslaw. Harga RM8 je.
Ni combo lamb chop. lamb ada 3 pieces. Ada banyak udang, roti and coleslaw. Harga baru RM11. Murah kan.
Syu and Nabila. Jus buah kat HR ni dah naik harga. selalu makan RM2. Sekarang jadi RM2.50
Kenyang makan gaduh pulak diaorang. Macam tu lah selalu. =.='
Nadiah and me. Nadiah tak sihat sebenarnya. Dia takda suara. kihkihkih. Lawak rasa. Selama ni kemain punya bising mulut dia. Sekali tak boleh cakap. Apa-apa kena tulis kat kertas.
Alah sopannya lap mulut. *wekkk*
Ok dah bayar. Boleh balik.
Sambung buat slide yg terbengkalai tadi. Pukul 2.30am baru tido. *mata macam panda*
Situation 2 Hari Khamis
Ari ni kelas aku start dari pukul 8am sampai 5pm. Dari pagi aku sakit perut. Period pain. Tak lah teruk pun. Boleh jalan lagi. Just rasa tak selesa sepanjang hari. Penat-penat. Abeh kelas terus pergi pasar malam bandar tun razak. Pasar malam favourite ni. Banyak makanan macam kat bazar ramadan.
Lately memang kitaorang rajin pergi pasar malam. Sebab weekend tak kuar. Dah 5x weekend aku dok umah wat assignment je. Sabtu lepas pasar malam Sg. Besi. Hari Rabu pasar malam cina Taman Connought.
Lepas balik pasar malam, baru bajet nak rehat-rehat jap. Pastu nak wat assignment. Malas nak buat last minit. Tapi 3 orang ni ajak pergi Jusco Maluri. Ada sale katanya. Marilah kita beli baju baru. Plus elaun kan baru masuk tadi. Sabar je lah aku. Bila aku kata tak nak gi diaorang jadi spoil la. Yelah-yelah aku gi. Kawan-kawan punya pasal.
Aku pakai baju baru beli. Hehe. Time aku beli baju ni 3 orang tu kata baju ni nampak kosong dan biasa. Suka tengok color lime green ni so aku beli je. sekali bila pakai diaorang berkenan pulak. kihkihkih. Suka saya. Blouse Nadiah cantik kan? Sesuai ngan dia.
Yang paling meletup sekali mestilah Nabila. Sekali pandang macam Cik Epal. Dua kali pandang baru nampak Cik Nabila rupanya. hehe.
Pilih-pilih..
Syu and me :)
Balik je dari Jusco, aku terus siap-siap nak tido. Penat lah. Mengantuk sangat-sangat. Tak ingat dah assignment. =.='
|
senyum pelik .. |