20 Apr 2012

Dengarlah Suara Ibu



Assalamualaikum..

Artikel ni aku jumpa kat FB. i found out that it is good so why not sharing it with others :)

------------------------

Bila stress ku akan telefon mu, ibu

Dari dulu ibu atau emak kita yang menjaga kita, menyusukan kita, menyuapkan kita makan, malah memujuk kita. Semasa kecil, orang yang pertama kita cari ketika kita sakit ialah emak. Orang yang kita cari ketika kita gembira juga emak.

Banyak kajian mendapati bahawa suara ibu atau emak kita dapat memberikan ketenangan, dengan izin Allah. Suara mereka menyebabkan tubuh kita mengeluarkan hormone yang oxytocin yang akan mengurangkan stress dan kita merasa tenang. Suara mereka juga akan menyebabkan hormone cortisol yang mempercepatkan degupan jantung dan meninggikan tekanan darah menjadi kurang.

Oleh itu jika kita stress dalam kehidupan seharian, telefonlah ibu atau emak kita. Mereka selalu mengalu-alukan anak-anak menelefon mereka. Jika menghadapi tekanan besar, baliklah kampong untuk berjumpa dan mendengar nasihat mereka. Mintalah doa untuk kesejahteraan kita.

Ahli saintis mendapati bukan isi perbualan yang memberikan ketenangan. Tetapi intonasi dan sifat suara mereka, sama ada serak, halus atau sebagainya yang menyebabkan kita merasakan nikmat mendapat kelegaan dan ketenangan.

Kenikmatan ini tidak akan dapat jika kita menulis surat, menaipkan sms atau menulis e-mail.

Jadi jika stress, telefon emak atau ibu kita, setakat bertanya khabar.
Selalunya kalau saya amat stress saya akan telefon emak saya.

“Assalamu alaikum, mak. Masak apa hari ini?”

“Abah macam mana? Sihat.. oklah mak itu saja. Saja nak tanya khabar”

Dengan izin Allah hampir 75% perasaan stress saya hilang. Masya-Allah ..

Lagi banyak kita mendengar suara ibu atau emak kita, semakin banyak hormone cortisol akan dikeluarkan. Jangan lokek dengan bil telefon untuk menefon emak atau ibu kita.



Ok sekarang mari kita bagi pendapat pulak. 

To be honest aku bukan lah anak manja. I'm not calling my mother everyday. Kalau rasa macam dah lama tak dengar suara tu aku akan call la. Habit call mak ni dah terjadi sejak aku umur 13 tahun. Aku kan sekolah kat SMKA Kerian tu sejak dari form 1 sampai form 5. So memang biasa call mak. Setiap kali nak call kena sediakan duit syiling at least seringgit. Nasib lah umah aku ngan sekolah sebelah-sebelah daerah je. So murah lah sikit. Kalau member-member yang tinggal jauh setiap kali call kena spend dalam RM3. 

Aku ingt lagi waktu form 1 bila aku bangun tido aku terus rasa takut sangat sampai nak menangis. Aku pun tak tau kenapa. Rasa macam masa tido tadi ada mimpi ngeri. Tapi aku tak ingat lah mimpi apa. Aku bangun cepat-cepat pergi mandi dan siap-siap pakai telekung nak pergi surau solat subuh. Sebelum pergi surau aku call mak aku dulu. Sebab teringatkan mimpi tadi dan rasa kena call mak aku sangat-sangat. Bila call aku pun tak tau lah kenapa aku menangis. Aku cakap telefeon sekejap je sebab tak nak terlewat pergi solat subuh. Lepas solat nak kena siap pi sekolah pulak. Rupa-rupanya malam tu mak aku kata dia teringat kat aku, rasa risau sangat-sangat sampai tak boleh tido. Mungkin sebab tu aku mimpi bukan-bukan dan laju-laju call mak aku pagi tu. Subhanallah. 

Sebabkan dulu aku sekolah agama, ustaz ustazah selalu pesan pasal ibu bapa. Mak ayah memang akan selalu mendoakan kita tapi lebih baik kalau kita sendiri yang mintak mereka doakan. Sejak dari tu aku selalu suruh mak abah aku doa. Setiap kali nak exam lah selalunya. Bila dah besar-besar ni aku up sikit bukan doa setakat nak exam je tapi anytime bila aku susah. Bila aku get in trouble, aku akan mesej mak aku cakap "mama, orang ada masalah ni. Tolong doa banyak-banyak mintak di permudahkan segalanya" - ok sebenarnya aku panggil mak aku mama. Aku kadang-kadang tak cakap pun masalah apa. Dengan izin Allah semua masalah aku selesai. Alhamdullilah.

Kadang-kadang bila something bad happen to me and i was so worried i will definitely tell her. My mom was like to said "don't worry so much. Everything gonna be ok." And i was like ok my problem solved even though it is not yet solved! Rasa tenang dan semua kerisauan hilang. Kalau aku nak miracle happens di saat-saat yang genting, mak aku lah tempatnya. Dengan izin Allah its always happen. Subhanaallah. 

Love U Mommy!
Till then. Have a nice day peeps!

19 Apr 2012

Diary Of The Day : Movie Lockout & Makan di Kenny Rogers


Assalamualaikum..

Ni entry rilex-rilex je. Pagi ni aku bangun awal. Err,  bangun awal tu maksudnya lepas subuh tak tido dah. Hehe. Pagi-pagi lagi aku buat kek batik pastu tolong mak aku goreng mihun untuk breakfast. Mak aku pun pelik awat awal-awal pagi buat kek batik? Hehe..Ada orang request nak. Tu rajin tak bertempat :P

Ari ni 19hb April ada lah Hari Keputeraan Sultan Perak Yang Ke 84. So semua warga Perak bercuti. Kebetulan pulak aku baru abeh exam dan dapat balik kampung so aku pun kuar lah ngan kawan. Dia tak keje. Sanggup drive 2jam mai Taiping ni. Terima kasih sangat! :)

Antara aktiviti biasa muda-mudi bila kuar mestilah tengok wayang. Minggu lepas aku tengok cite Battleship. Aku tak tau pape pun pasal cite ni. Dah partner aku nak tengok aku gi je lah beli tiket siap-siap. Kalau beli last minit takut penuh pulak. Cite Battleship ni pasal Navy versus Alien. Time aku tengok ni sakan orang bertepuk tangan bila hero dia berjaya lawan ngan alien. Serius best. Hero pun handsome.


OK ok kembali kepada movie hari ni cite Lockout. lockout ni 18PL. Cite ni memang ganas. Banyak sangat tembak bunuh-bunuh orang. Tak puas hati sikit terus je tembak. Tak pun letup pakai bom. Yang paling dasyat since prison dia kat space diaorang campak je kuar. Terus orang tu jadi kering, mengecut sebab takda oxygen kan. This movie about a man framed for a crime he did not commit, who is offered his freedom in exchange for rescuing the President's daughter from inmates in a prison in space. Pergh scary! A prison in space memang sangat canggih la bagi aku. Tak terjangkau dek akal. Malas cite panjang lebar movie ni memang awesome pergi lah tengok :)

Lepas movie masuk Kenny Rogers makan. Meh nak tunjuk sikit muka. Hehe


Hmm, senyum tak ikhlas.


 Much better i guess :)


Lama aih tak makan Kenny Rogers. Mahal kan. Lari bajet. Menu ni saje dah RM50++


Dalam semua ni aku suka ayam dia. Sos black pepper tu sedap. Tengok coleslaw tu sikit kan harga RM6


Wahhhh! muka aku sama lah ngan Doraemon! Pipi tembam tu yang buat sama. hihi. Kami makan Dorayaki. Benda yang aku pegang tu Dorayaki. Rasa ok tapi tekstur dia tak sama macam yang Doraemon makan. Orang-orang Taiping silalah cuba beli Dorayaki comel ni. Ada jual kat Taiping Sentral tu.

Kalau korang nak tau aku dah lama berangan-angan nak buat Dorayaki ni sendiri. Resepi dah ada tapi nak buat tu taktau bila. Nanti petang-petang kat umah mak mertua boleh buat bagi dia rasa. Kan? Pangg! Haha.

Till then. Good night peeps!

11 Apr 2012

A Bit Into My Busy Life


Assalamualaikum..

Apa kabar? How was your life peoples? Just wanna share how i lead my life last month. Bulan 3 ari tu hidup aku sangat lah busy sampai tido pun nak kena catu. Segala aktiviti yang seronok-seronok semua kena postponed. Aktiviti seronok macam pergi joging kat Tasik Permaisuri, pergi swimming bajet pandai swim padahal tak pun, update blog, pergi shopping kat Jalan Tar. Serius lama gila kot tak pergi sana. Padahal dulu hampir setiap bulan pergi. Ni semua sebab terlampau banyak assignment. Aku sibuk sangat ngan hal-hal dunia walaupun dunia ni hanya lah sementara.

Sem ni ada 5 subjek. Exam ada 1 paper je. Yang lagi 4 subjek tu semua assignment. Bertimbun-timbun. Semua bagi serentak. Weekend aku selama 5 minggu hanya dok kat umah je. Langsung  tak kuar - aku sendiri pun tak percaya ngan statement ni! Wakaka. Umah mak cik kat Kajang pun aku tak pergi. Balik kampung tak payah cakap lah. Dekat dua bulan aku tak balik. Oh, i miss my car damn much!!


Pic ni ambik kat library time group discussion. Kitaorang kelas start dari pukul 8 sampai 5 and continue with discussion until 7pm. Aduh, letih. Setiap sabtu kan aku ada kelas. So after kelas pergi discussion. Boleh kata kan hampir setiap sabtu jugak. Then ada 1 ari tu budak-budak group aku terlebih rajin ari ahad pun diaorang ajak gi library. Aku ingatkan diaorang main-main. So aku dengan selambe nya balik Kajang. Pukul 8am dapat mesej " Dayah, jumpa kat library pukul 10am". " Alamak sory sayang. Aku balik umah makcik".  -____- Sebabkan groupmate aku semua baik maka diaorang sikit pun tak marah. Maklumlah sudah tiga tahun bersama.

Sem 6 ni kitaorang 2 minggu kelas 2 minggu pergi posting. Ulang-ulang macam tu lah. Then, hari tu kitaorang keje shift petang. Sampai umah dalam 9.40pm lebih kurang. Aku sampai je terus mandi, sembahyang and cepat-cepat kemas beg pergi McD. McD sini 24 hours. So kitaorang 1 group decide nak buat keje kat McD. Bukan group kitaorang je tapi ramai lagi classmate yang dok sini pakat-pakat buat assignment. Malam tu aku tido umah Farah. Coz umah aku agak jauh dengan McD kalau nak balik. Dah lah discussion abeh pukul 2am. Tak kuasa aku nak balik sorang-sorang.


Meh nak tunjuk sikit muka time keje. Aku pun tak tau ape mood aku waktu ni. Tak dapat di tafsir.


The awkward moment when you're so busy with your work, you forgot that you're a student and the final assignment dateline is tomorrow! Arghh, lucky that it is a group work. You can rely on each other instead of doing it alone all over night :-)


Malam-malam makan bubur ayam. Lapar pulak rasa. Discussion sampai pukul 2am. Wargh! *buat muka mengantuk* Then balik umah Farah tido. Esoknya pergi keje macam biasa.

Time posting kali ni ada 1 minggu tu agak busy dengan management posting. Time management posting ni kita kena belajar menguruskan ward macam staff nurse yang dah qualified. Everything happens in ward are definitely under our responsibility. In addition to that, aku ada lah mintak pendapat senior. And senior kata CI (clinical intructor) yang aku dapat tu sangat strict and for sure kitaorang akan penat sangat minggu tu. Dia bagi markah kat kita sekadar lulus je. Risau lah aku pun. Ci tu kata " If you want to get a good mark you will definitely know how to behave." Gulp! Aku memang buat bersungguh-sungguh time ni. Assignment lain semua tolak tepi. Fokus kepada posting sahaja. Setiap hari aku sentiasa ceria macam muka orang baru lepas kawin membe aku lah cakap dan berfikiran positif supaya semuanya berjalan lancar. Taknak lah nampak muka stress je. Tak best lah macam tu. Nanti dah keje lagi teruk. Alhamdullilah, staff nurses ward 3C Hospital Putrajaya puji-puji kitaorang. Siap pesan lagi kat CI " Madam kena bagi markah elok kat diaorang. Diaorang ni semua pura-pura rajin" Fuhh, lega. Baru boleh tido lena. Hmm, time management posting ni serius rasa diri tu macam dah bekerja. Bukan seorang student lagi. Seronok sangat sampai rasa tiap-tiap minggu nak buat management. Haha over!

Till then. Have a nice day peeps!


30 Mar 2012

Eh eh Dato' Siti lah!


Assalamualaikum..

Just a short update :) 

How are you peoples? Aku dah nak dekat seminggu batuk tak baik-baik. Nak pergi jumpa doktor tak sempat. Banyak sangat assignment. Paham-paham je lah dah sem last. Minggu depan memang confirm jumpa doktor sebab nak pergi posting kat Hospital Putrajaya. Hai ward 3A :-)

Ehem, nak cite sikit lah. Semalam kan kita jumpe Siti ^__^


This pic was taken at Giant Taman Connought. Siti's office was nearby here :-) This is the 2nd time i met her. The first one was at Lumut Perak - I forgot already what was the event name.

Siti definitely undeniable was so beautiful as always. Me? i think my appearance was so bad - pale and pity. Lol! because this time i'm not feeling well and i'm not properly dress also :-( Siti nampak tinggi sangat. Please noted that i pakai wedges dalam gambar ni. Siti datang ngan kakak dia, Saida and PA dia Rozie. And me with my friend, Fieqa. She also not feeling well. This blurry picture prove it.

Lepas ambik gambar, Siti balik and i pergi makan. Lapar dah kot. Lepas makan laju-laju masuk kelas ada presentation pulak. And i'm the presenter for my group *nervous*

Last but not least, I Love U Dato' Siti Nurhaliza! Wish that we could meet again in future :-) xoxo

22 Mar 2012

They Always Distract Me


Assalamualaikum



They always distract me when i want to start doing assignment!  These 3 girls.. Nadiah, Nabila n Syuhaida.. Grrrrrrr!

Situation 1 Hari Selasa

Lepas magrib aku terus on laptop nak edit slide show. Esok nak present ni. Lecturer tu cerewet sangat. Itu tak kena. Ini tak kena. Baru je 5 minit aku start buat keje, diaorang datang cakap "mari la kita keluar makan". Aku kata "tak nak lah. nak buat slide." " Alah mari lah. kejap je. Lepas makan kita balik la." Lama2 aku pun setuju je lah. Terus siap. Kitaorg pergi makan kat HR Steak House  Kg Baru ^_^

HR Steak House


Kalau keluar ngan member2 selalu aku akan suggest makan kat Kg Baru. Memang suke makan kat situ. Macam-macam kedai dah try. Kat HR ni pulak kali ke 7 rasa. The best western food ever!

Sory lah pics capture here are all blurred. Paham-paham je lah lighting kat sini kat tak berapa bagus. Memang gelap. 

Ni roasted chicken. Serius sedap. Walaupun dah banyak kali datang tapi aku hanya makan ayam. Tak pernah pun nak try lamb chop, beef steak or watever. Sebab aku memang suke ayam je. Yang daging lain-lain ni kurang.
Ni sebenarnya grilled chicken. Tapi sangat lah tak clear. Spoil betul. Ada ayam, roti and coleslaw.  Harga RM8 je.
Ni combo lamb chop. lamb ada 3 pieces. Ada banyak udang, roti and coleslaw. Harga baru RM11. Murah kan.


Syu and Nabila. Jus buah kat HR ni dah naik harga. selalu makan RM2. Sekarang jadi RM2.50

Kenyang makan gaduh pulak diaorang. Macam tu lah selalu.  =.='

Nadiah and me. Nadiah tak sihat sebenarnya. Dia takda suara. kihkihkih. Lawak rasa. Selama ni kemain punya bising mulut dia. Sekali tak boleh cakap. Apa-apa kena tulis kat kertas.

Alah sopannya lap mulut. *wekkk*


Ok dah bayar. Boleh balik.

Sambung buat slide yg terbengkalai tadi. Pukul 2.30am baru tido. *mata macam panda*



Situation 2 Hari Khamis

Ari ni kelas aku start dari pukul 8am sampai 5pm. Dari pagi aku sakit perut. Period pain. Tak lah teruk pun. Boleh jalan lagi. Just rasa tak selesa sepanjang hari. Penat-penat. Abeh kelas terus pergi pasar malam bandar tun razak. Pasar malam favourite ni. Banyak makanan macam kat bazar ramadan.

Lately memang kitaorang rajin pergi pasar malam. Sebab weekend tak kuar. Dah 5x weekend aku dok umah wat assignment je. Sabtu lepas pasar malam Sg. Besi. Hari Rabu pasar malam cina Taman Connought.

Lepas balik pasar malam, baru bajet nak rehat-rehat jap. Pastu nak wat assignment. Malas nak buat last minit.  Tapi 3 orang ni ajak pergi Jusco Maluri. Ada sale katanya. Marilah kita beli baju baru. Plus elaun kan baru masuk tadi. Sabar je lah aku. Bila aku kata tak nak gi diaorang jadi spoil la. Yelah-yelah aku gi. Kawan-kawan punya pasal.

Aku pakai baju baru beli. Hehe. Time aku beli baju ni 3 orang tu kata baju ni nampak kosong dan biasa. Suka tengok color lime green ni so aku beli je. sekali bila pakai diaorang berkenan pulak. kihkihkih. Suka saya. Blouse Nadiah cantik kan? Sesuai ngan dia. 

Yang paling meletup sekali mestilah Nabila. Sekali pandang macam Cik Epal. Dua kali pandang baru nampak Cik Nabila rupanya. hehe. 

Pilih-pilih..

Syu and me :)  

Balik je dari Jusco, aku terus siap-siap nak tido. Penat lah. Mengantuk sangat-sangat. Tak ingat dah assignment. =.='
senyum pelik ..