13 Jan 2012
First Week That You Don't Expect
Assalamualaikum..
Minggu ni first week posting aku dah start rasa penat dan stress. Bila stress memuncak dan tak dapat di kawal, aku mula la nak menangis :'(
Lah kenape pulak ko ni? Kan dah biasa pergi posting. Memang biasa tapi aku penat sebab aku rasa ada terlampau banyak sangat keje yang aku kena buat. Bila dah sem last ni banyak benda yang kita kena kejar. Buku log kena bagi full. So setiap hari ada je lah keje yang CI (clinical instructor) bagi. Yang tak bestnya bila ari ni kita present kat dia, dia still rasa tak puas hati. She wants more. She keep asking you questions until you don't know how to answer it anymore. Bila dah tak tau bising lah dia. Sometimes kita rasa question dia tu nonsense. Tapi layan je lah dah kita ni student. So ko kena balik umah edit balik keje ko, carilah sebanyak mana info sampai dia puas hati. Then, keje yang untuk hari ni pun dia still lagi bagi. Dah bertambah beban ko. Setiap ari aku kena list siap-siap keje dia bagi supaya tak tertinggal satu pun.
Then, ada lagi yang lebih menarik. Kolej (sebenarnya universiti tapi aku suka cakap kolej) aku ni ada learning online system. Lupa dah ape namanya. Dari dulu lagi ada. Tapi dulu just ada disscussion ngan lecturer secara online. Lecturer bagi soalan kita jawab dan dia akan komen jawapan kita tu. Tapi sekarang dia ada pakai system baru yang lebih upgrade. Homework pun dia bagi online. Macam minggu ni contohnya. aku kan pi posting kat hospital. Time posting memang tak pergi kelas la. Walaupun ko tak pergi kelas tapi ko still ada homework. Kalau ko tak cek kat internet memang ko tak tau ada homework. Time posting kan sape la yang bother nak bukak website UCSI. Aku tak tau lah sape yang rajin sangat bukak dan spread the news kitaorang ada assignment kena buat. Ada markah pulak tu. Aduhai. Dah nama assignment mestilah kena ada cover page bagai, ada format. Aku tau benda tu kena buat hari rabu malam lepas balik keje. Most of student baru je tau ada keje. Hari jumaat dah nak kena submit sebelum pukul 5. Bape jam je tinggal. Aku kan keje shift petang. Pukul 1 macam tu dah kena ada dalam bas. Nanti lambat pulak sampai. Kiranya kena submit sebelum pergi hospital. Kena bangun awal, pergi print, pergi School of Nursing hantar assignment then pergi makan baru pergi hospital. Kena kuar umah awal la jawabnye. Nak keluar umah awal kena bangun awal. Elok lah tu. Ko balik keje petang pun dah nak dekat pukul 10pm. Sambung pulak assignment sampai pukul 3am. Nak sambung lagi buat memang tak mampu. Mata dah berat sangat-sangat. Wajib tido. Esoknya kena bangun awal. Memang letih dan penat. Bukan aku je merungut. Semua orang bising.
Keje yang CI bagi kat hospital dan jugak assignment lecturer. Which one to give priority? I also don't know.
I can finish both tapi kualiti keje tu kurang sikit lah. Badan penat, otak penat. Tak larat nak pikir.
Aku tak tau lah ape aku merapu. Janji buat, siap dan hantar.
Cepat lah weekend. Tak tahan dah ni :(
10 Jan 2012
Drink More Water For A Better Health
Assalamualaikum..
Ari ni aku ada la jaga sorang patient sakit buah pinggang. Chronic Kidney Disease (CKD). As the time goes by CKD will lead to End Stage Renal Failure (ESRF). Bila ESRF dialisis la jawabnya. Seminggu 3x kena pi cuci buah pinggang. Sekali cuci ambik masa 4 jam.
Hmm, intro yang agak serius.
Ok aku nak cite sikit. Akak tu baru umo 28. Sakit buah pinggang dari umo 23. Terlalu muda - sebelum ni pernah je jumpe orang sakit buah pinggang dari umur 13 dan umur 18 tapi tak sempat nak selidik what was the causes. Bila tanya macam mane boleh dapat penyakit ni. Jawapan dia sebab suka minum soft drink. Pepsi and etc harus ada dalam fridge umah dia. Every 2 days dia boleh abehkan 1 botol besar. Minum sorang-sorang je pun sebab dok umah bujang ngan kawan-kawan. Bila abeh pegi beli lain. Secondly, dia sangat-sangat tak suka minum air masak. Nak termuntah rasa kalau minum air masak saja. Kena campur ngan sirap or ribena baru leh telan. Hmm, tak terkejut. Patut lah awal sangat dapat sakit buah pinggang. Minum air masak sikit memang buah pinggang tu tak boleh flush out all the waste product. Plus soft drink worsen the situation. Aku rasa agak terkilan bila dengar cerita akak ni. Sebabkan unhealthy lifestyle dia dapat sakit. Padahal benda ni boleh di elakkan. Kalau dapat sakit sebab faktor genetik tu lain la cite. Ni sebab kecuaian diri sendiri. Bila dah sakit ape pun tak boleh. Akak ni aku tengok dah pasrah ngan hidup dia. Keje ape pun tak. Nasib la masih ada family yang mampu jaga.
So kat sini aku nak bagitau marilah kita rajin-rajin minum air masak untuk kesihatan. Better prevent than cure, right?
![]() |
| credit to Google |
![]() |
| credit to Google |
Reasons kenapa aku banyak minum air masak :
- Untuk kesihatan. Aku rasa badan aku tak boleh nak flush out segala toxin and waste product kalau aku minum air sikit. Lama-lama boleh buat buah pinggang rosak. Tak nak tak nak.
- Kadang-kadang kalau cuaca panas sangat aku senang sakit kepala. Bila sakit kepala aku malas nak ambik panadol. Aku akan cuba pegi tido dan minum air. Ada lah beberapa kali aku buat hilang sakit kepala. Kalau dah tak tahan tu aku telan jugak panadol :)
- Dulu-dulu aku rajin dapat ulser mulut. Dok pakai bonjela sedia. Time sekolah dulu la. Bonjela pada aku pedih. Pastu mak aku bagi pakai Oral Aid. Haa ubat tu sedap sikit. Kebas je lidah rasa dan tak sakit. Oral aid ni memang sentiasa ada dalam stok. Sebab kan tension sangat ada ulser aku minum air masak banyak-banyak. Tak pasti lah bape liter. Sekejap je ulser aku baik dan sampai sekarang aku free from ulser. Lega rasa.
- Aku jenis kalau dahaga kena minum air mineral or air masak. Dapat pulak yang sejuk. Arghh! memang heaven. Kalau minum air manis rasa tak hilang dahaga aku. Bukan lah kata aku tak minum air manis. Minum je.
- Dulu aku penah dapat gastric. Sakit gila. Nak jalan pun tak boleh. So sejak dari tu bila aku kurang makan aku make sure akan minum banyak air. Air milo plus air masak. Nak cairkan asid perut. So far berkesan la cara aku ni. Tak gastrik dah.
- Everyday life aku memang banyak jalan kaki. Nak pergi kolej jauh kot dari umah sewa. Setiap hari compulsory ok berjalan kaki dalam 1.2km. balik lagi 1.2km. In between kelas tu merata-rata lagi aku jalan. Nak pi kelas, pi library, pi surau, pi makan. Kadang-kadang kuar dari kolej makan kat Giant. Tak tau la bape ribu langkah dah. Plus ngan cuaca yang panas terik. Don't let yourself being dehydrated as it can sap away your energy and make you feel more tired. Rasa penat je sikit terus minum air ye.
- Minum air masak boleh jimat duit. Tak de lah aku membazir tiap ari nak coke. Duit beli coke tu baik aku kumpul buat beli baju lagi bagus.
![]() |
| credit to google |
Semua orang tau minum air masak ni bagus tapi tak ramai nak jadikan benda ni 1 habit. Bukan susah pun nak develop habit suka minum air masak ni. We normally end up minum air manis, teh tarik, soft drink instead of plain water. Is it? Ok ni tips aku lah macam mane nak rajin minum air masak. Hopefully berguna untuk korang :-)
- Carry a bottle. Get yourself one bottle of any size , fill it with water and carry it everywhere. Asal je terpandang air tu mesti korang akan minum. Tak pun korang rasa penat nak bawak botol air tu, lenguh bahu rasa so korang pun minum. Kurang la sikit beban. Senang cite kalau korang bawak botol air korang confirm akan minum punya.
| The more attractive the bottle, the better it is ! |
- Kalau dekat rumah aku ada 1 jug air besar. Aku dan room mate memang akan make sure jug tu penuh dengan air tak kira lah berapa ramai orang minum. Kiranya air masak sentiasa available dalam bilik aku. Bila ada jug besar dalam bilik kita memang akan terasa nak minum setiap kali terpandang. Letak pulak gelas kaca comel kat sebelah lagi rajin minum.
- If you are bored with plain water you can simply squeeze in lemon into it. Ada la rasa masam-masam. tapi aku tak suka. Aku pernah buat dulu sekali. tapi aku minum sikit je sebab masam sangat.
- Aku memang suke minuman panas macam nescafe dan teh susu. Yang ada caffeine ni memang aku suka. Sebelum pergi kelas, time buat keje, time lapar. Bila-bila je lah. Setiap kali lepas minum benda ni aku akan make sure minum segelas air masak untuk replace the extra fluids i lost because of caffeine.
- Last but not least, change your mind setting about drinking water. Enjoy every mouthful of water that you have drink. Keep thinking that by drinking more water you are rewarding yourself with a good health in future. Stick it to your mind and you will found out that drinking water is so easy. And without you notice, it already become your habit.
Congrats yourself if you are drinking more !
| gambar macam tak de kaitan je.. |
9 Jan 2012
Free Gift
Assalamualaikum..
Aku baru siap buat keje sikit. Macam assignment jugak la. Setiap hari bila balik je posting mesti ada list benda yang nak kena Google. Nanti CI ( Clinical instructor) yang
Hmm, korang suka tak bila beli barang dapat free gift? Aku suka :) Macam beli perfume Enchanteur dapat beg comel. Beli sabun Daia dapat pinggan and etc.
Bulan lepas, 2 jam aku dok dalam Popular Book Store dok belek macam- macam majalah. Lama tak beli. So many magazine caught my attention. But i bought this one.
Why? because it comes with free gift. hehe.
Aku memang pakai syampu Loreal. Terus je grab majalah EH! ni. Berbaloi beli sebab tak mahal pun. Lupa dah bape ringgit. Majalah EH! not bad la. Banyak topik menarik. Cover depan pun cantik.
Tadi aku singgah kedai jap beli gula-gula sekali terpandang la majalah cleo mini size. Why mini size? Selama ni kan majalah Cleo size besar. Coz it come with free gift. hehe. Yang size besar ada je jual tapi tak dapat pape. Harga sama je RM 5.
See..they shrunk the size and replace it with maybelline BB cream. I like! hehe. Majalah Cleo cover Katy Perry tu dah lama beli. Saje take pic together. Kebetulan, aku memang ada niat nak beli BB cream ni bila dapat elaun nanti. Rasa macam suka pulak lepas kawan aku bagi try sekali.
Bila dapat free gift ni readers boleh try barang baru. Kalau diaorang suka boleh terus beli barang tu. Such a good marketing strategy d(^__^d)
Good Night. Bye!
7 Jan 2012
Happy Birthday Khairul Fahmi !
Assalamualaikum wbt.
Pagi - pagi tadi lepas abeh kelas aku dengar radio era. Dj tu cakap ari ni birthday keeper terhangat Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat. Semangat aku taip 1 entry.hehe.
Ehem, nak wish sikit la.. Dear Apek, Happy Birthday ! sweet 23.. Teruskan bermain dengan cemerlang. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. *winkwink* May God bless u always :))
Eh, macam pernah dengar ayat ni.. Mane lagi Melodi la..heee..
Aku ada la tengok video surprise party yg gf apek buat. Suke belon-belon merah yang banyak-banyak tu lepas tu ada belon bola sepak in between. Tulis kat situ Happy Birthday. Kreatif. Ramai yang komen kaw-kaw teruk pasal video tu. Aku tak nak lah terlibat. Zip mulut.
Apek sekarang famous sungguh. Dah macam artis. Mana ada atlit lain dapat liputan meluas cam dia ni.
![]() |
| credit to Google |
Apek jadi model cover muka depan untuk majalah GLAM edisi lelaki 2011. Sebelum ni dia jadi cover URTV tak silap. Apek nampak lain sangat dalam gambar ni. Kening ngan rambut tu macam orang jepun dulu-dulu. Erk, perempuan kat belakang tu sape?
Aku makin suka ngan Apek ni lepas Harimau Muda kalahkan Indonesia time Sukan Sea hari tu. Penah tengok dia main dalam tv dan tengok live kat Stadium Bukit Jalil. Waktu Malaysia lawan Bahrain. Ala yang kalah 2 - 3 tu.
Walaupun kalah aku suka sangat gol Nazmi Faiz. Terbaiklah ! Tak tau nak cakap macamane bisingnya stadium waktu tu. Semua excited ni termasuklah aku sekali. hehe. Nak cakap ngan orang sebelah pun kena jerit. Aku tak bising. Aku tepuk tangan je :)
Stadium tak full. Aku dengar sapa entah cakap penonton ada 40 ribu. Punya la sesak orang kat luar sebelum nak masuk. Tapi bila masuk dalam banyak lagi tempat kosong.
Pic ni kawan aku snap sebelum game start. Time nak nyanyi lagu Negaraku dan lagu negara Bahrain.
Tu nampak tu Apek yang jersi hijau.
Saya suka betul mai tengok bola ni. First time kot. Stadium ni dekat je ngan umah sewa. Naik lrt baru 70 sen. Tapi tak penah pun rasa nak pi tengok. Abeh- abeh pun pi Bukit Jalil sebab Jom Heboh.
Yang kat belakang tu kawan aku.
Ni lagi sorang kawan aku. Semua pic dia yang snap. Pandai dia ambik gambar. Tu aku suruh dia beli dslr 1. Boleh photoshoot sama. Ye dak?
| dalam kenangan ke tinggal kenangan? Nevermind, just quickly move on. |
Semangat pakai jersi. Dah tengok bola kat stadium harus lah pakai jersi. Semua orang pakai kot. Sapa-sapa yang fanatik tu siap lekat bendera kat pipi. Aku malas lah.
Till then. Bye.
Majulah sukan untuk negara ! Have a nice day people :)
6 Jan 2012
Last Sem
Assalamualaikum..
Tahun 2012 ni aku masuk sem 6 which is the last sem. After that, i'm going for nursing board exam around June. Pass je exam nursing board ni baru lah dapat lesen nak jadi Jururawat U29. Dub dap dub dap nak keje. Hopefully i'm able to work productively and overcome all the challenges. Pray for me :)
Bila masuk sem 6 ni aku expect life would be busy. Baru masuk kelas bape ari tak rase ape lagi. Tunggu lah next week bila posting start. Banyak lagi cross and case presentation yang perlu di kejar. Tak siap semua ni tak boleh ambik exam nursing board.
Meh nak tunjuk sikit schedule sem ni.
SIL stand for Self Indirected Learning. Ko nak belajar boleh time tu, buat assignment, pi makan, jumpe kawan kat Mid valley, balik rumah tido, masak lunch and the list goes on. Mane-mane boleh. Suke hati lah. hehe.
Yang tak bestnya pasal jadual ni aku ada kelas ari sabtu. Setiap minggu weyh dari pukul 8am sampai 11am. Nasib sampai 11am je. Tapi still spoil. Aku nak gi mane-mane susah. Nak balik Taiping, nak balik umah mak cik - Tak best lah kalau tido 1 malam je, kejap sangat. Tahun ni cousin aku nak bertunang dan nak kawin. Semua buat hari sabtu. Nampaknye terpaksa la aku ponteng kelas. haha. What to do. I have no choice. Sekali sekala tak pe. hehe. Have to choose wisely which date to absent as the school can simply bar us from final exam if the attendance not met the requirement. Actually kelas hari sabtu ni bukan benda baru untuk aku. Sepanjang diploma ni ada 6 semester semua, sem 5 je aku takde kelas ari sabtu. Sem lain semua ada. rajin tak rajin aku belajar. Hehe.
Then,sem ni ada subjek Statistic. Dah lama sangat aku tinggal subjek Math and calculator scientific. Hopefully skill mengira aku tak berkarat :P
Then, minggu ke2 dah start clinical/posting. Sem ni aku banyak posting kat Hospital Putrajaya. Dah lama tak datang spital ni. Last sem 3 dulu. Ada la dalam setaun lebih.
2012, Please be nice to me :) I almost come to the end. I look forward for a smooth journey this semester.
Till then. Bye !
Subscribe to:
Posts (Atom)














